Setiap ibu yang mengandung mahukan anak di dalam kandungan supaya sihat dan tidak menghadapi masalah ketika dilahirkan. Sebagai manusia kita hanya mampu berharap dan merancang. Allah yang telah menentukan mati hidup seseorang.
Bagi wanita ini, kehilangan anak keduanya amat dirasai. Namun, setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Kita hanya perlu yakin dengan Allah SWT. Perkongsian dalam laman Cahaya Mata ini semoga dapat dijadikan buat ibu-ibu yang sedang mengandung.
Assalamualaikum dan selamat petang ibu2 n bakal2 ibu semua, kisah yang saya nak kongsi kan ini berlaku pada 29 Nov 2016, ambillah sebagai iktibar, ini anak no 2 saya, yang pertama kakak die berumur 3 tahun lebih mase tu, pada permulaan preggy yang kedua condition kesihatan saya tip top, so happy sgt sebab mase mengandung kakak die ade diabetes n darah tinggi tapi under control lagi.
Kisahnye bermula dengan pelbagai masalah n ujian yang menimpa hidup meyebabkan saya stress dan teramat penat, bulan 3 detect saya ade darah tinggi dan kencing kotor, penah kene stay 3 mlm kat HKL,kene stat mkn ubat darah tinggi, masalah2 saya menyebabkan saya menjadi terlalu berdikari.
Hingga terlupa saya ni mengandung, walau terlalu penat saya gagahkan diri hingga terlupa baby saya dah terlalu penat didalam, saya selalu usap2 perut saya menangis agar anak saya bertahan, baby saya sgt aktif, menendang2 x kira waktu, then bulan nov kandungan masuk 7 bulan , baby saya kurang Bergerak, pergi ke klinik dan akibat darah agak tinggi saya direfer ke hospital, saya pilih hospital serdang dekat dgn rumah n saya diwarded, ubat darah tinggi n sawan ikot saluran darah diberikan.
Segala pakar masuk, saya diberitahu condition saya, 50/50, baby saya x mampu survive hingga cukup bulan, air ketuban yang kurang, kalu diteruskan dua-dua akan out, so doc pilih ibu, mase tu hujan airmata selebat2nya, saya merayu pada doc buatlah sehabis baik untuk selamatkan anak saya, Allah maha mengetahui dan maha berkuasa, baby saya pergi jugak meninggal saya dan dunia ini.
Tenanglah sayang disana, bertemu Penciptamu. Tidak sedetik pun mama lupakan sayang dan terlalu ingin bertemu sayang,mama titipkan salam rindu buat sayag setiap kali lepas solat, mama terasa sgt ikatan antara kita walau kt di alam berbeza, sebenarnya terlalu byk yang ingin saya kongsi, tapi cukup untuk kali ini.
Buat bakal2 ibu jglah kesihatan baik2, jangan buat kerja berat2, mkn ubat ikut waktu. jangan cuba2 skip, rehatlah secukup2nya. Buat anakku arwah Putra Muhamad Firas Firdawsi, mama bangga memiliki sayang, doakan mama tabah menghadapi ujian2 hidup yang sementara ini, sayang berkorban untuk mama disana. Mama, papa dan kakak mayra sangat merindui sayang. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment