Jika dulu rambut diibarat mahkota wanita, namun sekarang ini kaum lelaki pun mahu memiliki gaya rambut yang terkini. Ramai yang tidak kisah berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan penampilan yang bergaya.
Namun bagi seorang lelaki Singapura ini, kunjungannya ke sebuah salon untuk mendapatkan gaya rambut yang hipster menjadi sebaliknya. Kadang-kadang walaupun harga yang dikenakan agak tinggi tetapi hasilnya tidak memuaskan hati malah bertambah buruk!
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Syibli memberitahu dia ke salon Sante De Beaute di Singapura untuk mendapatkan potongan rambut yang baru. Dia memilih pakej yang terdapat di salon berkenaan iaitu 'potong rambut+rebond+cuci'. Syibli memberitahu kepada pendandan rambut dia mahukan potongan rambut yang hipster iaitu jenis slope tinggi di bahagian tepi dan belakang kepala.
Namun, hasilnya amat memeranjatkan lelaki tersebut! Selesai sahaja rambutnya dipotong, lelaki itu terkejut kerana bentuk potongan rambutnya sama seperti bentuk mangkuk! Walaupun bukan gaya rambut tersebut yang dimahukan, pekerja salon berkenaan tidak mempedulikan komen beliau malah hanya tersenyum sinis.
Salon tersebut telah mengenakan caj sebanyak $118 (RM367) untuk pakej yang dipilihnya tadi. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan servis yang disediakan, Syibli akhirnya meluahkan perasaan di media sosial dan statusnya itu terus mendapat perhatian netizen di Singapura.
Kisahnya yang menjadi bualan netizen akhirnya mendapat perhatian salon tersebut dan mereka menghubungi Syibli dan menawarkan servis untuk membaiki rambutnya itu secara percuma! Pada 1 Julai lalu, Syibli telah ke salon tersebut dan kini rambutnya menjadi lebih kemas dan bentuk mangkuk tersebut telah hilang.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment