'Hospital swasta 6 bintang, tapi doktornya hampir menyebabkan anak saya mati'


KUALA LUMPUR - Baru-baru ini di Facebook, seorang ibu memberikan amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan hospital swasta di Kuala Lumpur selepas doktor di hospital berkenaan gagal mengesan dan merawat penyakit bayi perempuannya yang berusia lima bulan, biarpun sudah empat kali mendapatkan rawatan di hopsital . 

Menurut Vi Vian, bayinya itu pada awalnya mengalami demam dengan suhu badan 38-39'C dan dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

"Semasa kedatangan pertama, doktor memaklumkan bahawa bayi saya hanya mengalami ruam yang disebabkan oleh virus, namun tidak memberitahu nama virus tersebut. 

"Kedatangan kali kedua pula, doktor kata ruam itu disebabkan oleh alahan. Saya meminta mereka melakukan ujian darah untuk bayi saya tetapi doktor berkenaan enggan berbuat demikian. 

"Sebaliknya, saya hanya diberi krim untuk disapu pada ruam bayi saya. Selepas menggunakan krim itu, keadaan ruam pada bayi saya menjadi semakin teruk!

"Tiada seorang pun kakitangan berada di Jabatan Kecemasan dan doktor hanya muncul selepas beberapa minit kemudian. Saya meminta anak saya ditahan wad memandangkan ruam telah merebak ke seluruh badannya. 

"Selepas doktor berbincang dengan pakar yang merawat bayi saya, dia berkata tiada keperluan untuk menahan anak saya di wad dan kami boleh pulang selepas dia memberi rawatan pada bayi saya," katanya. 





Vi Vian yang hilang dengan keyakinan dengan hospital itu kemudian membawa anaknya ke Gleneagles dan rawatan segera diberikan kepada anaknya. 

"Dia dimasukkan air dan jalani ujian darah. Hasil keputusan ujian darah menunjukkan bayi saya dijangkiti Influenza A!

"Dalam masa yang sama, pakar alahan dan dermatologi melakukan ujian alahan pada kulitnya dan ternyata kulitnya baik dan tidak alah kepada apa-apa," katanya.

Sehari seelepas dirawat pihak hospital Gleneagles, ruam di badan anaknya semakin hilang. Apa yang menjadi persoalan Vi Vian ialah, bagaimana pegawai perubatan di hospital pertama gagal mengesan penyakit anaknya selepas empat kali mendapatkan rawatan dan melakukan ujian pendarahan. 


Justeru, Vi Vian menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak menjadi mangsa kepada pihak yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

"Saya tak mahu ada yang menjadi mangsa seperti saya lagi. Kebanyakan doktor sekarang hanya mahu mengaut keuntungan sahaja. Langsung tak bertanggungjawab!" katanya. 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close