Dua Anggota Polis Terima Anugerah Kerana Tolak Rasuah, Tapi Tindakan Mereka Kemudian Amat Mengejutkan!


Seringkali anggota polis dikaitkan dengan amalan rasuah. Sikap segelintir anggota polis ini hanya menjejaskan nama baik pasukan polis. Namun, kisah dua anggota polis memang agak mengejutkan! 

Pada tahun lepas, dua anggota polis berpangkat koperal telah menolak rasuah dari dua orang Ah Long yang cuba merasuah mereka sebanyak RM1,300 untuk melepaskan mereka dari kesalahan yang mereka lakukan. Sebagai anggota polis, mereka telah menolak cubaan rasuah dan mengekalkan integriti nama baik polis. Kedua-dua mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. 

Ketua polis yang kagum dengan tindakan mereka telah menganugerahkan anggota polis terbabit Anugerah Integriti Nasional sebagai penghargaan kerana menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia. 

Memetik laporan dari New Straits Times, namun tindakan dua anggota polis itu amat mengejutkan netizen dan amat memalukan nama baik polis. Mereka berdua telah berjumpa semula dengan Ah Long yang sama dan meminta rasuah sebanyak RM10,000 atau menghadapi risiko ditangkap kerana cuba menawar rasuah sebanyak RM1,300 sebelum ini. 

Pada 4 Julai lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan dua anggota polis terbabit dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Pengarah SPRM Kedah Mohd Fauzi Mohamad berkata anggota polis berusia 34 tahun dan 37 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close