Belum Sempat "Honeymoon" , Pernikahan Remaja 16 Tahun Dengan Wanita Berusia 71 Tahun Terpaksa Dibatalkan . Kenapa??


Pada 4 Julai lalu, pernikahan pasangan ini menjadi viral di media kerana perbezaan umur mereka yang sangat jauh. Riyadi Husni hanya berusia 16 tahun, sedangkan Rohaya Kiagus sudah menjangkau 71 tahun.

Pernikahan mereka Riyadi Husni dengan isterinya Rohaya Kiagus Jakparyang belum sempat menjejak satu minggu , kini dikatakan tidak sah oleh pihak berkuasa Indonesia .

Perkahwinan mereka dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan . Menurut Ketua Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan, Alfajri Jabidi, pihaknya telah menegur pegawai agama tempatan kerana membiarkan pernikahan itu berlangsung.

Katanya,”Saya tegur pegawai di sana, termasuk ketua urusan agama. Siasatan perlu dibuat seperti syariatnya bagaimana, keabsahannya bagaimana.”

“Semuanya harus diselidik untuk memastikan ia mematuhi peraturan sama ada dari pandangan agama atau undang-undang negara,” tambahnya lagi.

Perkara ini juga turut mendapat perhatian Menteri Sosial Indonesia, Khofilah Indar Parawansa.Menurutnya kementerian sudah menjalankan siasatan dan mendapati pernikahan itu tidak sah.

Menurutnya lagi mengikut undang-undang Indonesia, seseorang lelaki hanya boleh berkahwin pada usia sekurang-kurangnya 19 tahun, manakala wanita pula 16 tahun.

www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close