JIANGSU, CHINA - Gara-gara membawa adiknya keluar rumah tanpa kebenaran, seorang kanak-kanak perempuan dibelasah dengan teruk oleh bapanya, lapor Shanghaiist.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Daerah Shuyang, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak perempuan itu ditampar oleh bapanya sehingga terjatuh ke lantai.
Difahamkan, mangsa telah membawa adiknya keluar dari rumah untuk membeli makanan ringan. Namun tidak memaklumkan kepada bapanya terlebih dahulu.
Si bapa kemudian menarik kaki anaknya itu dan menghempasnya ke mesin air berhampiran beberapa kali sebelum mengambil penyapu dan memukulnya bertubi-tubi selama 30 saat.
Kejadian itu disaksikan oleh pengunjung pasar raya yang kemudian segera datang cuba menghalang lelaki itu dari terus membelasah anaknya.
Mangsa kemudian dilihat berjalan terhincut-hincut menjauhkan diri dari bapanya sambil diikuti oleh adiknya.
Tidak beberapa lama kemudian, si bapa yang bernama Wei, ditahan. Polis kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki itu direman selama 14 hari dan tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu.
Menurut kenyataan polis, Wei telah bercerai dengan isterinya dan diberi hak penjagaan kedua-dua ankanya itu. Wei dikatakan berang dengan tindakan anak perempuannya yang tidak memaklumkan dia keluar dari rumah membawa adik lelakinya ke pasar raya berhampiran untuk membeli makanan ringan dengan wang 10 RMB.
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment