Bahaya Betul Stress TERPENDAM : Kenali Dan Cara Merawat Yang Ramai TAK TAHU !!! | Nama saya Amalina Wazer (FB LINK). Ya Rabbi! Kadang kala tu bila datang stress boleh migrain kepala dibuatnya! Lebih-lebih lagi orang perempuan macam saya ni. Dengan period yang tak teratur, hormon yang naik turun, rumah pulak berserabut dengan nak fikir macam-macam lagi masalah hidup memang boleh memicu stress.
Ni baru je stress ringan. Kalau stress yang teruk tu boleh menyebabkan seseorang tu sakit dada, susah nak bernafas, jantung pun berdetak laju, sakit kepala yang teramat, jadi pening dan muntah tiba-tiba dan ada jugak yang jadi sakit perut memulas tanpa sebab.
Tu la tanda-tanda stress terpendam yang ramai tak tahu. Mengikut Tuan Khairuneezam Mohd Nor iaitu pengarang portal Utusan Online, di bawah topik Bicara Agama, antara cara nak rawat stress adalah :
Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakui fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ ataupun waktu berehat di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon stress seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan tubuh kita daripada sebarang penyakit akibat hormon-hormon tersebut.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa.
Ianya adalah sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenteramlah hati manusia.’
Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca, mentadabbur dan menghayati akan tafsir al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, ‘al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda’ (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia. Al-Qur’an juga merupakan mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, maka sudah tentu ia punya fadhilat besar buat kita.
Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya, atau bahasa yang lainnya letakkan dunia di tangan dan akhirat di hati.
Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya.
Di sini konsep tawakkal sangat berperanan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba untuk mengatasi tekanan, mengikut saluran dan cara yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya selari dengan rukun iman keenam iaitu beriman dengan Qada’ dan QadarNya.
Alhamdulillah selesai dah buat semua ni, seterusnya korang amat rugi kalau tak gunakan aromaterapi anti stress yang sememangnya dirumus khas untuk merawat stress dan pelbagai penyakit yang lain seperti sakit perut, migrain, senggugut, sakit urat, sakit sendi, insomnia, resdung, asma dan pelbagai lagi. Saya dan keluarga sendiri sudah mencubanya dan alhamdulillah sangat berkesan. Ianya juga sesuai digunakan oleh bayi seawal usia 6 bulan. Jangan risau, produk mereka telah pun mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT170403217K). Lebih menarik, aromanya sangat wangi dan menenangkan seolah-olah kita sedang dimanjakan di spa!
Sekarang hidup kami lebih tenang dan sihat, ibadah juga kian sempurna. Alhamdulillah, segalanya terasa mudah dengan adanya D’Therapy. Boleh follow page FB D’ Therapy untuk dapatkan D’Therapy & supaya korang tak terkecuali daripada menjadi insan yang sihat lagi ceria!
The post Bahaya Betul Stress TERPENDAM : Kenali Dan Cara Merawat Yang Ramai TAK TAHU !!! appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment