Ramai pengguna Twitter terkejut bila nampak perkara ini berlaku! Bagi pengguna Twitter di Kuala Lumpur, KL Traffic Update merupakan salah satu akaun yang sangat popular untuk mendapatkan informasi keadaan trafik di Lembah Klang.
Dengan hampir 550,000 pengikut di Twitter, akaun ini telah banyak membantu warga kota mendapatkan keadaan trafik di bandar dan ianya membantu pengguna merancang perjalanan mereka.
Namun, semalam akaun ini telah mengejutkan semua pengikut mereka apabila akaun tersebut telah berkongsi gambar-gambar lucah dan ianya membuatkan netizen terkejut!
Ramai yang tidak tahu bagaimana ianya berlaku sama ada akaun Twitter itu telah digodam ataupun pengendali laman mikro tersebut terlupa untuk menukar akaun tersebut sebelum berkongsi gambar lucah tersebut.
Mengikut garis masa akaun KL Traffic Update, mereka akan berkongsi apa sahaja Tweet yang mempunyai kaitan dengan hashtag #kltu. Malah akaun tersebut juga berkongsi reaksi netizen yang terkejut dengan gambar yang telah dikongsi secara tidak sengaja.
Khabarnya, gambar tersebut masih lagi berada di akaun KL Traffic Update. Mungkin pengendali laman tersebut tidak perasan gambar tersebut dikongsi dan netizen tertunggu sama ada mereka akan meminta maaf disebabkan hal tersebut! - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment