Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis


Sejak semalam tersebar sebuah video dan poster yang memaparkan bahawa satu sambutan “Jerusalem's Jubilee”  dipercayai sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini, lapor Isma Web.

Menurut laporan berkenaan menyatakan majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN) iaitu sebuah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.

Golongan ini telah mendakwa King Solomon telah membina kuil pertama Yahudi sebelum dimusnahkan orang Babylonia dan kemudian ketua suku Judah, Zerubbabel, membina semula kuil itu yang jatuh ke tangan kuasa Rom.


Berdasarkan poster yang dimuat naik dalam laman web AMGGRC, dengan jelas terpampang perkataan ‘Jerusalem’s Jubilee’ dan dibawahnya adalah lambang menorah (kaki pelita yang mempunyai tujuh tiang lampu) yang menjadi simbol Yahudi sejak zaman purba serta lambang kebesaran Israel sekarang ini.

Menurut AMGGRC, 2017 adalah tahun yang bersamaan dengan tahun 5777 dalam kalendar Yahudi, adalah masa yang sangat penting, kerana ia adalah tahun jubli emas (50 tahun) pembentukan ASEAN dan penyatuan semula Jerusalem (Baitulmaqdis).


Berita berkenaan telah menimbulkan rasa resah dan marah dikalangan netizen di Malaysia di mana mereka rata-rata tidak menyokong sambutan berkenaan diadakan di Malaysia khususnya Melaka.

Bertindak dengan penyebaran berita ini, kerajaan Melaka telah tampil menyatakan mereka tidak menerima permohonan penganjuran “Jerusalem's Jubilee” yang dijadual diadakan di negeri ini pada 15 hingga 18 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dengan tegas berkata, Melaka menolak sekeras-kerasnya rancangan untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

"Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka.

"Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan," katanya dipetik laporan Berita Harian.

- Siakapkeli.my

via Bin Usrah

Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close