Suami Terlalu Suka Bela Haiwan Sampai Hingga Setiap Seekor Ada Nama . Lebih Memeranjatkan Lagi Disuruhnya Saya Sediakan Baju Raya Nak Ambil Family Photo .



Assalamualaikum admin.. minta tlg sembunyikan profil sy ye..

Saya mempunyai suami yang pelik... Dia terlampau sukakan haiwan atau lg senang dipanggil pencinta haiwan la... Bayangkan kami semasa bercinta dulu topik perbualannya mesti pasal haiwan yg dibelanya takde topik lain... mmg tak ada istilah romantik la dgn sy.. itu tak apa lg la... tpi setiap hari suami akan post kat fb ckp rindu dgn kau la tak sabar nk blk dating dgn kau... padahal gambar yg dia post tu ayam hutan dlm reban kt kampung.. 

lembu kat kampung la... mcm2 lg la haiwan yg dia bela semua dia rindu... tak pernah pulak dia ckp rindukan isteri dia yg jauh ni... asal je blk kampung klau jumpa haiwan tepi jln dia kutip masuk dlm kete nk bawak blk kampung... bayangkan belalang rama2 pun dia blh kutip dan simpan dlm botol... baru2 ni dia jumpa kura2 dan dia bawak simpan dlm rumah jugak.. lama2 agaknya jd zoo dah rumah sy ni... pernah ada sekali haiwan kesayangan dia mati.. berjujuran air mata dia makan pun tak lalu sbb sedih sgt... dgn sy pun dia tak nak ckp puas jugak sy nk memujuknya setiap hari... skrg mood dia dah o.k... tpi skrg ni suami sy happy pasal nk raya... 

dia ajak sy ke kamdar nk beli kain ela.. sy pun seronok la pasal mungkin dia nk beli baju raya utk saya... Bila sampai je kamdar dia beli kain ber ela2... sy pun tanya nape byk sgt kain ni abg... kan kita berdua je yg nk pakai nk buat bape pasang ni klau byk sgt kainnya... suami sy ckp dia beli lebih pasal nk suruh sy jahitkan baju utk semua haiwan kesayangan dia sekali... bayangkan nk raya ni suami suruh buat baju raya untuk ayam,kucing,arnab,itik, lembu dgn kambing kat rumah tu agar warna sedondon dgn baju raya kami... 

Suami kata tahun ni nk tangkap gambar family.. Maksud dia nk tangkap gambar kami sekali dgn haiwan kesayangannya kat belakang... Suami sy pun siap tempah khas sampul raya design sendiri.. Semua design sampul raya tu dia letak gambar haiwan kesayangan dia.. Tak boleh nk bygkan org yg cetak sampul raya tu mesti fikir suami sy orang tak betul... Tabahnya kau dik melayan karenah suami akk..😂 Lepas tu suami pancing sy ckp dia sygkan sy sbb sy je tahan perangai dia... nasib dapat suami pelik nk tak nak kena jugak hadap... tak apalah janji dia tak gilakan perempuan lain sudah... 😂😂

KRT


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close