Sekumpulan Remaja Sambut Ramadan Dengan Pesta Maksiat Dan Dadah


Apa sudah jadi? Di bulan Ramadan yang suci ini umat Islam dinasihat untuk memperbanyakkan amalan dan beribadah kepada Allah SWT. Tapi berbeza dengan sekumpulan anak muda yang menyambut Ramadan dengan melakukan parti maksiat tanpa segan silu yang turut melibatkan pengambilan dadah. 

Aktiviti maksiat kumpulan tersebut akhirnya terbongkar setelah pihak polis melakukan serbuan mengejut di sebuah pangsapuri yang terletak di Jalan Sultan Ismail. 

Gambar-gambar serbuan tersebut menjadi viral dan trending di media sosial sehingga menjadi kritikan ramai netizen. Malah, terdapat aksi sepasang kekasih yang dipercayai sedang tidur sambil berpelukan tanpa menghiraukan pihak polis tengah khayal akibat pengambilan dadah sempat dirakam. 




Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata, “Dalam pemeriksaan ini kami menahan 22 individu membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun.

“Polis turut merampas 26 pil eramin serta 14 ekstasi yang ditemui di pangsapuri yang disewa khas untuk parti liar berkenaan.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,”. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close