'Sekarang Semua Ahli Keluarga Saya Sudah Tiada'


Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita satu kemalangan yang meragut 8 nyawa di Kilometer 25, Jalan Keratong-Bahau berdekatan Ladang Risda Palong petang semalam. 

BACA: 8 MAUT KEMALANGAN LIBATKAN 4 BUAH KENDERAAN

Bagi Wan Muhammad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, sudah pasti amat menyedihkan apabila dia kehilangan kesemua anggota keluarga dalam kemalangan tersebut. 

"AYAH beriya-iya mengajak mengikutnya menghantar adik (Wan Nor Athirah) yang akan memulakan semula pengajian di Kolej Vokasional Kuantan selepas bercuti, tetapi saya mempunyai urusan perniagaan tidak dapat ikut serta.

"Saya sangat terkilan. Sekarang semua ahli keluarga saya sudah tiada,"

Menurutnya lagi, ahli keluarganya yang maut ialah bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, ibunya Masnoraida M Yusoff; 45;  Wan Muhammad Muhaimin, 22; Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisya, 7.


Dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut kira-kira 6 petang semalam selepas diberitahu oleh anggota polis yang datang ke rumahnya di Putrajaya. Wan Muhammad Hazim mengesahkan ahli keluarga yang terkorban berdasarkan pakaian yang dipakai oleh adiknya Wan Nor Athirah. 

Kesemua jenazah ahli keluarganya akan dibawa ke kampung halaman di Melor, Kelantan untuk dikebumi selepas proses bedah siasat diselesaikan. Semalam, kemalangan melibatkan 4 buah kenderaan dipercayai apabila sebuah treler memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Exora yang dinaiki oleh enam beranak sebelum dihempap treler berkenaan. 

Kemalanngan itu juga turut meragut dua lagi nyawa sepasang suami isteri yang menaiki Perodua Myvi yang dikatakan tercampak keluar dari kenderaan. Mangsa ialah Osman Mohamed Taip 31 serta isterinya Rosniza Othman manakala anak lelaki mereka berusia tiga tahun parah. Pemandu treler dan pemandu Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close