Gambar sekadar hiasan |
Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami.
Jika rumah berharga RM300,000
(Harga mesti mengikut harga pasaran)
Bagaimana perbahagian dibuat?
1/4 milik isteri
Selebihnya adalah milik adik beradik si suami
Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil
Semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan
DUA SITUASI MUNGKIN BERLAKU
PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri
Alhamdulilah proses akan menjadi mudah
KEDUA
Jika waris lain menuntut hak
Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang
Jika bahagian adik beradik RM100,000
Si isteri hendaklah membayar sejumlah itu
Tapi kalau tiada duit?
Apa perlu buat
Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual
Duit akan diagih ikut faraid
Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang
Kasihan isteri
Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?
Penyelesaiannya ada 3
Yang paling terbaik ialah cara 1
1. Buat hibah bersyarat
Hibahkan siap siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri
Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka
Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayaran/atas cagaran
( Denan syarat ada MRTA/MRTT)
Kelebihan hibah ini ialah “ownership” rumah masih di atas pemberi
Oleh itu, tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba tiba jatuh bankrap
Cara ini lebih selamat dan kos efektif jika dibandingkan kos stamp duty penukaran nama di Pejabat Tanah
Hanya satu syarikat sahaja yang membuat cara ini
Ia sudah terbukti dengan 300+ kes telah diselesaikan
Syarikat ini sahaja yang melalui Mahkamah Syariah dan mendapatkan pengesahan perintah hibah
Kos juga tidaklah begitu mahal
RM1600 sahaja untuk menghibahkan 1-3 geran rumah atau tanah
Sangat murah dan syarikat ada track record yang baik
2. Buat hibah mutlak
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/isteri di Pejabat Tanah. Di sini hanya boleh dibuat jika rumah sudah habis dibayar. Namun kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang “ownership” rumah tersebut. Jika si anak tiba tiba ingin menjual, beliau ada hak untuk menjualnya. Jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah mengisi borang Borang 14A di Pejabat Tanah. Kami selalu berikan panggilan HIBA untuk hibah mutlak ini. Kerana si pemberi sudah tiada permilikan apa apa
3. Ambil takaful yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah
Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak hak waris lain
Seperti di atas, hak adik beradik lain ialah RM100,000
Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik beradik yang lain
Itu pun dengan syarat mereka bersetuju
Cara ini yang paling kurang efektif dan tinggi kosnya
Cuba buat kiraan
Polisi bernilai RM300,000
20 tahun kemudian tetap RM300,000
Manakala rumah
Tahun demi tahun akan naik
Rumah RM300,000 sekarang
20 tahun kemudian sudah menjadi RM500,000-RM700,000
Sudah melebihi pampasan meninggal polisi
Tidak lagi relevan untuk menyelesaikan pertikaian harta pusaka
———————————————————–
Di sini penting memahami instrumen ini dalam merancang harta pusaka
REAL CASES
Satu keluarga di Kedah
Keluarga hanya ada anak perempuan sahaja
Si suami tiba tiba meninggal
Adik beradik belah si suami mula berebut ingin hak mereka di rumah tersebut
Kesudahannya, isteri yang baru kehilangan suami terpaksa menjual rumahnya kerana tiada wang untuk diberikan serta suami tidak merancang harta pusaka
Sedih kan?
Inilah realiti
Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz
Tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana
Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak anaknya
Hukum faraid sudah adil dan cantik, tapi si penunggang agama mempalitkan dengan kotor dan kudis
Jika risau keadaan berlaku sebegini
Merancanglah harta anda
Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti
Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka sekarang
Oleh: Tuan Fatihin Abshar
via Bin Usrah
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment