Pemandu Grab Ambil Kesempatan Rogol Wanita Mabuk Sebelum Hantar Pulang Ke Rumah


Sejak kebelakangan ini banyak kisah melibatkan pemandu Grab/Uber dengan penumpang. Nampaknya perkhidmatan yang sepatutnya membantu pengguna kini telah disalahguna oleh sesetengah individu yang berniat jahat. 

Terbaru, seorang wanita berumur 29 tahun mengalami peristiwa hitam dalam hidupnya apabila dirogol oleh pemandu Grab ketika menggunakan perkhidmatan itu awal pagi Ahad. 

Mangsa yang sudah berkahwin serta mempunyai dua orang anak menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dari sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mangsa dirogol pemandu terbabit sekitar jam 4 pagi berhampiran dengan rumah mangsa. Mangsa dirogol dalam kereta Perodua Myvi yang dinaikinya. 

'Mangsa mendakwa tidak melawan kerana berada dalam keadaan mabuk. Selepas kejadian suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya'. Susulan dari laporan yang dibuat oleh mangsa, pihak polis memburu suspek dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kira-kira jam 10 malam hari yang sama. 

Suspek dipercayai telah menjadi pemandu Grab selama enam bulan dan hanya mengambil penumpang antara waktu lewat malam hingga awal pagi. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close