Padah Ubah Suai Mercun Bola, Lelaki Umur 46 Tahun Hancur Tiga Jari


Setiap kali bulan puasa tiba, kes yang biasa kita dengar ialah kanak-kanak cedera apabila bermain mercun. Namun, bagi seorang lelaki ini, sudah pasti menyesal apabila tiga jari kiri hancur akibat mengubah suai mercun bola. 

Mangsa, Wan Rodzi Wan Abdullah yang berumur 46 tahun ingin 'bereksperimen' dengan mengeluarkan belerang dari mercun bola yang telah lama dibeli dan meletakkannya di dalam sebatang besi serta memasang sumbu lain dan ingin menyalakan mercun tersebut.

Menurut mangsa lagi, ketika sedang mencucuh sumbu, mercun bola yang diubah suai itu tiba-tiba meletup dan menghancurkan tiga jari iaitu, ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. 

“Saya serik dan tidak akan lagi bermain mercun ekoran cubaan saya ini menyebabkan saya hancur tiga jari dan menyukarkan untuk saya bekerja,” katanya.

Wan Rodzi dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima rawatan susulan sebelum menjalani pembedahan hari ini. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close