Ada banyak gambar saya dalam istana, kenapa gambar di pagar juga yang viral? soal Dato' Boy Iman mengenai isu beberapa keping gambarnya yang menjadi bualan netizen.
Menurut Dato' Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman, beliau menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 24 Mei lalu yang membawa gelaran Datuk.
Gambar tersebut menjadi viral apabila seorang pengguna Twitter mempersoal kenapa Dato' Boy Iman bergambar di depan pintu masuk Istana Pahang. Sejurus gambar tersebut menjadi viral di media sosial netizen mula mengecam tindakan Dato' Boy Iman yang dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.
Namun, tidak kalut mengenai isu tersebut, Dato' Boy Iman tampil memberi penjelasan mengenai gambar tersebut serta kenapa dia bergambar di pintu masuk Istana Pahang itu.
Menurut beliau, pada hari tersebut beliau ada membawa seorang jurukamera tetapi dia tidak dibenarkan mengambil gambar kerana sudah ada jurukamera yang sudah ditetapkan lebih awal oleh pihak istana.
Tambah beliau lagi, tidak salah untuk beliau mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang sebagai kenangan tambahan beliau menggunakan jurukamera sendiri.
'Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga memuat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama 'boyiman_dbiriansjeneral'. Tetapi mengapa gambar di depan pagar itu yang menjadi bualan pengguna laman sosial' kata Dato' Boy Iman.
Beliau menganggap ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mencari publisiti dan beliau telah memaafkan pihak yang berbuat demikian dan menerima isu berkenaan sebagai satu perkara yang positif.
"Sempena Ramadan, bulan baik ini tidak baik kalau kita nak marah-marah orang. Saya bukan tidak ambil peduli, sebaliknya nak ucap alhamdulillah saja apa yang berlaku," katanya. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment