Kau Kerja Pun "LowClass" Ada Hati Nak Pikat Aku , Tindakan TERDESAK Lelaki Ini Buat Ramai Yang Tidak PERCAYA !!!



Aku sebenarnya tak tau macam mana aku boleh “sakit”. Mungkin mulut aku tak dak insurans. Pada suatu hari, aku pulang ke kempung di Perak. Aku dijemput untuk attend majlis kenduri sedara di sana.Tiba-tiba ada seorang mamat ni, aku gelar nama dia Ejam. Usianya dalam lingkungan ujung 20an. Ejam merupakan kenalan di kampung dan juga saudara terdekat keluargaku.

etika majlis kenduri selesai, Ejam menghubungi aku dan dia ada meluahkan perasaan kepadaku. Aku kaget dan tidak percaya kerana umurku masih muda dan dibangku sekolah. Kononnya alasan ingin mengajak “couple”, al maklumlah budak baru nak besar.

Secara tidak sengaja aku sama sekali menolak dan sememangnya keluargaku tidak setuju. Silapnya cara aku menolak, dengan kata-kataku yang amat pedih, mungkin dia tidak boleh terima. Setelah seminggu bercuti di kampung, kami sekeluarga pulang dan memulakan rutin harian kerja dan sekolah.

Kejadian yang tidak diingini mula berlaku kepadaku tanpa sedar. Semasa aku di sekolah, aku berubah 100%. Aku seorang yang “happy go lucky” , periang, dan aktif tiba-tiba berubah. Manakan tidak, aku tidak dapat focus pembelajaranku, pulang ke rumah aku terus ke bilik dan tidak bergaul dengan sesiapa malah dengan keluargaku sendiri, makan bersama keluarga pun aku tidak lagi kerana aku berasa panas dan menjadi marah bila melihat orang tuaku.

Aku lebih suka menyendiri di bilik dan tidak mahu diganggu. Aku sugul dan tidak terurus, makan tidak, bergaul pun tidak. Ibuku mulai perasan dengan perubahanku yang drastik. Ibu dan bapaku membuat satu keputusan untuk membawa ku berubat. Mereka menghubungi pakcik aku dan bercadang membawaku berubat di Kedah. Pakcik aku berjaya mendapatkan pertolongan seorang makcik yang bakal mengubati aku. Namanya Makcik Puteri. Kononnya cara dia mengubati menggunakan ilmu bunian. Aku pun x pasti..

Perjalanan untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 2jam. Setibanya kami di sana dalam jam 5pm (seperti yang dijanjikan), kami memberi salam dan malang sekali, makcik tersebut tiada dirumah. Aku tidak pasti kalau makcik tu betul atau tidak kerana masa sudah pun ditetapkan. Sungguhpun begitu, pakcik aku berusaha untuk membawaku ke pusat rawatan lain di kawasan tersebut. Lalu, kami pun ke rumah Ustaz yang di perkata boleh mengubati penyakit “kena mata”, kononya. Aku kenalkan Ustaz P. Sebab penakut kot, hehe….

Sesampai kami di hadapan rumah ustaz tersebut selepas solat maghrib seperti yang dijanjikan, anak ustaz tersebut keluar memberitahu bahawa ayahnya tidak boleh ubat penyakitku kerana penyakitku terlalu “kuat”. Aku tidak faham, dan ibu bapaku sangat risau akan keadaanku. Walhal semasa dalam telefon, ustaz tersebut memang pasti boleh ubatiku. Setelah dua minggu keadaan aku begitu parah, pakcik ku ikhtiar dengan Paksu Lang. Paksu Lang adalah pengamal perubatan islam yang boleh berinteraksi secara jauh. Dia berasal dari kampungku sendiri. Pakcik aku menceritakan kepada Paksu Lang mengenai keadaanku hanya melalui telefon.

Paksu Lang mula menanyaku 1001 soalan yang aku sendiri susah nak jawab. Dan akhirnya Paksu Lang mendapati jawapan bahawa aku dah di kenakan oleh si mamat Ejam. Ejam telah mengguna-gunakan aku melalui santau angin. Paksu Lang hanya menggunakan kaedah perubatan “jauh” dan aku kembali pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, hidupku tenang dan sihat seperti selalu atas pertolongan Paksu Lang dan kuasa Allah s.w.t. Kata Paksu Lang, Ejam telah membuat aku seperti orang hilang arah kerana menolak dia mentah-mentah atas alasan mahu belajar, tetapi caraku menolak tidak kena sama sekali kerana aku telah menghina pekerjaannya.

Aku telah memberitahu bahawa aku nak life aku senang di masa hadapan dan bukannya life seperti dia. Aku juga telah berkata kepadanya kalau aku kawan dengannya ditakdikan kahwin, aku nak makan apa kalau setakat pekerjaannya …….. sahaja (maaf terpaksa kosongkan). Kerana itulah dia telah berdendam dan membuat aku sebegitu. Dan sebenarnya kisah ini dah hampir 8 tahun. Dan aku kerap pulang ke kampung halamanku, dan menanyakan hal Ejam kepada saudaraku, tetapi apa yang aku dengar Ejam sedang “sakit” juga atas kelakuan yang mungkin dia dah buat kepada orang lain (kuat ilmu) dan memakan semula dirinya.

Pada wanita diluar sana , hati-hati . Sekarang ni walau dah zaman moden tapi benda kurafat ni masih ada . Amalkan baca al-quran selalu usai solat untuk mengelak perkara sebegini berlaku pada korang 
www.kakishare.my


Sumber : fiksyenshasha


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close