Bagaimanapun menganggap keputusan menarik diri itu tiada kaitan dengan pertikaiannya dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Walaupun begitu, Nazri turut berjanji yang kementeriannya akan terus menggalakkan pelancongan Sarawak kerana negeri itu masih sebahagian daripada Malaysia.
Mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Fadillah Yusof, Nazri enggan mengambil peduli, dan menjelaskan Abdul Karim terlebih dahulu menghinanya dengan meminta Kerajaan Pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan tahun ini.
"Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik," katanya.
"Mengikut perkataan Melayu, 'setahun jagung' maknanya tiga bulan dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan," katanya mengulas gelaran 'setahun jagung' yang ditujukan kepada Abdul Karim.
Jelas Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu cukai pelancongan, malah dibahaskan di Parlimen.
"Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam Kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja," katanya lagi.
Nazri juga mempersoalkan mengapa Abdul Karim membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka mengenai isu berbangkit.
"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan, okey? Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu dia jawab saya. Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri," katanya.
Sementara itu, Abdul Karim mengakui Nazri memang orang lama dalam arena politik negara dan beliau sendiri sama seperti orang lain sentiasa dalam proses pembelajaran sepanjang masa.
"Saya tidak berkecil hati tetapi kalau nak kata saya baru dalam politik, tidak tahu apa-apa, tidak tepat juga kerana saya pun sudah empat penggal menjadi wakil rakyat.
"Tak perlulah dipanjangkan lagi. Cuma saya berharap Nazri sentiasa berhati-hati semasa bercakap. Seboleh-bolehnya jangan menyinggung hati sesiapa dan jagalah sama perasaan orang lain, apatah lagi di bulan puasa ini," katanya.
Bagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, menerima baik perlaksanaan cukai pelancongan yang dijadualkan 1 Julai depan dan menjangka pelaksanaan itu tidak akan memberikan kesan terhadap kedatangan pelancong tempatan atau antarabangsa.
Sumber: Bernama, MalaysiaKini
Laporan berkaitan:- Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah - kata Nazri kepada Menteri Sarawak
- 'Menteri Setahun Jagung', ini satu penghinaan - Fadillah Yusof
- Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia, kuat kuasa serta-merta
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment