Anak-anak adalah rezeki dan amanah dari Allah SWT untuk pasangan yang sudah berkahwin. Justeru, tanggungjawab menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama ibu dan bapa.
Namun, pada zaman sekarang ini tanggungjawab itu kadang-kadang diserah sepenuhnya kepada ibu sedangkan si suami atau bapa lebih bersenang lenang dan tidak mahu membantu isteri menguruskan anak-anak. Sudah pasti, sebagai isteri akan timbul rasa sedih dan penat kerana suami hanya lepas tangan dan membiarkan si isteri bersendirian menguruskan anak dah hal rumah tangga.
Bagi seorang pengguna Facebook, Intan Dzulkefli pengalaman terdengar perbualan dua bapa amat mengejutkan dirinya dan diharap dapat membuka mata mereka yang bergelar suami dan bapa.
'Sedih Hati Bila Terdengar Perbualan'
Pagi itu kami sebenarnya dah terlambat untuk checkup Insyirah 4 bulan. Di klinik orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa & bakal bapa menunggu di luar. Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki, berbicara agak kuat.
"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu je cecah RM300 sebulan. Tu belum pampers, snacks apa lagi semua.." kata lelaki A.
"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa tolak je kat bini aku. Setel. Malam-malam pun aku cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa kena buat susu anak. Selamaattt.." balas lelaki B yang berdiri depan si A ni tadi. Muka sungguh bangga. Sambil mendukung Insyirah masuk, tak dapat menahan sedih rasanya hati ni bila mendengar sendiri lelaki bergelar suami mengaku sebegitu.
Saya cuma harap lelaki B tu tidak lupa ucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah susukan semua anaknya sehingga dia dapat cut kos hidup, tak perlu susah-susah nak bancuh susu & dodoikan anak mengamuk tidur, dia cukup tidur & rehat di malam hari kerana hanya isterinya perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak. Allah.
'Banyak Suami Lepas Tanggungjawab Jaga Anak'
Selalu sangat orang yang tak faham anggap breastfeeding ni senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut baby. Setel! Padahal... the struggle is real.
Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu, "seorang suami yang soleh dia akan minta ihsan kepada isterinya, bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa.
Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini kiranya susu formulalah."
'Ingatkan Bakal Suami Dan Bapa'
Ramai suami yang memahami & menyokong penyusuan anak-anak, alhamdulillah. Namun, masih ramai juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini & meletakkan sepenuhnya urusan dan tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah.
Tak tahulah tapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki dan diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin dan menyusu. Stop nonsense segala jokes tentang seks ntah apa-apa yang buat audiens meluat.
Memang perlu untuk ingatkan bakal suami dan bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ni. Untuk elakkan lebih ramai suami yang ignorant & selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Wallahu a'lam. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment