5 Rentung, 2 Lagi Tercampak Keluar Dari Kereta Dalam Kemalangan Maut Libatkan 4 Buah Kenderaan


Tujuh dilaporkan maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ladang Risda Palong, Jempol pada jam 2.20 petang tadi. 

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler, kenderaan MPV jenis Proton Exora, sebuah Perodua Myvi dan sebuah Toyota Vios. 

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, mangsa dari kereta Perodua Myvi tercampar keluar dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. 




Norazam Khamis berkata, 'Lima lagi mangsa yang menaiki Proton Exora tersepit apabila dihempap oleh treler yang terbabas ke bahu jalan sebelum kedua-dua kenderaan terbakar'. 

Pihak bomba mengalami kesukaran untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora tersebut dan menyukarkan keadaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Semua mangsa masih belum dikenalpasti. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close