Seorang lelaki nekad untuk melarikan diri telah berjaya menyelamatkan 18 orang yang lain yang menjadi mangsa satu sindiket haram.
Pada 4 April yang lalu, lelaki yang berumur 21 tahun itu yang sudah tidak tahan dipukul dan didera oleh sekumpulan ahli sindiket mengemis setelah gagal mendapatkan RM300 dengan meminta sedekah.
Mengikut laporan The Star, kesemua 19 mangsa diwajibkan untuk mengumpul sebanyak RM300 setiap hari. Jika gagal berbuat demikian, mereka akan menerima balasan yang teruk dari ahli kumpulan sindiket tersebut.
Pemuda tersebut telah memanjat tingkap sebuah apartment di Bandar Mahkota Cheras untuk melarikan diri dari kumpulan tersebut. Rumah tersebut berada di tingkat 5 dan sebelum pemuda tersebut melompat dan mencederakan diri sendiri, salah seorang wakil pengurusan bangunan tersebut berjaya memujuk pemuda itu.
Tetapi, pemuda tersebut tidak kembali semula ke rumah di tingkat 5 tetapi turun ke tingkat satu. Pemuda tersebut kemudian berjaya diturunkan dengan selamat.
Ketika diselamatkan pemuda itu mendedahkan bahawa dia adalah mangsa sindiket meminta sedekat dan pihak pengurusan bangunan tersebut membuat laporan polis. Pada 6 April, sekumpulan anggota polis menyerbu rumah tersebut dan berjaya menyelamatkan 18 mangsa sindiket tersebut yang berumur antara 17 sehingga 28 tahun. 4 darinya adalah perempuan.
Dipercayai, mangsa-mangsa sindiket itu "dibekalkan" oleh sebuah rumah anak yatim di Pulau Pinang.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment