Pelajar Kolej Terkejut Besar Penyangkut Baju Dilengkapi Kamera Dalam Tandas


Kaum wanita sekalian wajar lebih peka dan berhati-hati sekiranya menggunakan tandas awam atau bilik salinan baju di mana-mana sekali pun. 

Ini kerana penyangkut baju biasa yang biasa dilihat khususnya di tandas-tandas awam, barangkali ianya tersembunyi di dalamnya adalah merupakan kamera pengintip.

Memetik laporan Mynewshub, kelmarin seorang mahasiswa dari sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan, terkejut besar apabila menjumpai penyangkut baju berkamera ketika menggunakan tandas perempuan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu, mahasiswa tersebut dikatakan mengesyaki penyangkut baju itu berbeza daripada biasa selepas mendapati terdapat memori kad di belakang objek tersebut.

Akibat mencurigai dengan penemuan itu, dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada salah seorang staf kolej tersebut.

Hasil pemeriksaan memori kad kamera tersebut mendapati terdapat dua video bagaimanapun ianya bukan video yang tidak senonoh.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu dan difahamkan siasatan sedang dijalankan.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close