Baru-baru ini, remaja berumur 14 tahun, John Michael Belida menjadi bualan netizen di sosial media selepas kisah remaja tersebut menamatkan persekolahan bersama adik perempuannya yang lumpuh tersebar.
Memetik laporan dari Definitely Filipina, adiknya yang berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Ella Mae Belida yang tidak dapat berjalan kerana terjatuh dari ketinggian 2 kaki sehingga mencederakan pelvisnya. Kejadian tersebut berlaku ketika dia berumur 11 bulan.
Sejak dari itu, Ella tidak boleh mengawal saluran najis dan sering mengalami demam panas. Mengikut emak mereka Erlinda, anak perempuannya itu masih boleh berjalan menggunakan tongkat sehinnga umurnya 7 tahun dan selepas itu kakinya tidak dapat menampung berat badan.
Oleh kerana kemiskinan yang menghimpit, Erlinda membuat keputusan bahawa anaknya itu lebih baik tidak ke sekolah kerana perlu penjagaan yang rapi. "Ianya sangat menyakitkan untuk melihat anak saya sengsara. Tetapi anak saya seorang yang kuat dan pernah memberitahu bahawa dia ingin menghabiskan sekolah dan membantu saya dan ayahnya" kata Erlinda lagi.
Erlinda merupakan seorang suri rumah dan perlu menjaga anaknya yang lebih kecil manakala suaminya Marlon, 39 seorang penarik beca yang hanya memperoleh antara RM18 - RM27 setiap hari.
Demi melihat keinginan Ella untuk menamatkan zaman persekolahan, abangnya Michael akan mendukung Ella di belakang ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah mereka.
"Dia agak berat dan memenatkan, tapi saya tetap lakukannya supaya dia berjaya menamatkan persekolahan" katanya ketika memberitahu portal berita SunStar Cebu. Sebagai seorang abang dia berasa agak marah bila orang melihat sinis dan mengejek adiknya itul. Tetapi Ella seorang yang sangat tabah.
Bagi Michael, Ella juga merupakan motivasinya agar dia juga bekerja keras di sekolah dan ingin menjadi nelayan yang berjaya satu hari nanti. Demi untuk menamatkan persekolahan bersama, Michael sanggup berhenti belajar selama setahun agar dia dan adiknya boleh belajar dan menghabiskan sekolah bersama.
Kisah mereka yang menjadi viral mendapat perhatian orang ramai dan pertolongan datang mencurah-curah. Selain dari pemeriksaan kesihatan, adik beradik tersebut juga menerima bantuan kerusi roda, tongkat, sebuah basikal dan juga keperluan persekolahan untuk Ella dan Michael.
Namun bagi Michael, dia tetap akan mendukung adiknya itu walaupun nanti akan pergi ke sekolah ataupun kolej yang berbeza.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment