'Kakak saya berdiri di tengah hujan tengok mak ayah dari jauh' - Mia Ismaeel


KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang wanita bersama ibu bapanya diherdik seorang polis bantuan di masjid Hospital Besar Kuala Lumpur, giliran adik kepada wanita itu, Mia Ismaeel, tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu. 

Saya akan make sure lelaki baju hijau itu dapat dicari sebab man, you ingat you boleh lari? Dont't mess with my family. 

Al kisahnya kakak saya yang rakam video ini sebab dia nak jadikan sebagai bukti betapa kurang ajarnya polis bantuan b*** ini. Ye, kakak saya free hair dan dia mengaku tetapi masa itu mak dan ayah dari pagi tak makan, tambahan pula abang terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke ward. 

Kakak saya yang free hair itu pergi beli makanan dalam hujan. Dia nak pastikan mak dan ayah makan. Masa itu saya tak ada sebab dah balik Palam. Kalau saya ada, ingat saya kisah ke walau saya kecil, saya akan maki juga. 

Polis Bantuan itu bersama dengan isteri dia. Dari jauh dia usha mak ayah dan kakak saya sedang berteduh sebab hujan, bukan saja-saja. Masa si suami tengah buat kerja, isterinya asyik bermain handphone dan tengok saja suaminya. 

Kakak saya yang free hair itu dengan selipar putus pergi belikan makanan untuk mak dan ayah dalam hujan. 

Polis Bantuan itu dah buat cubaan dua kali nak maki keluarga saya (dengan) menjerit. Pertama, semasa kakak baru sampai perkarangan masjid dengan makanan dan badannya basah terkena hujan. Mak baru satu suap, ayah pula baru buka makanan. Dia datang tanpa (bagi) salam terus tanya, 

"Buat apa kat sini?" 

Lepas itu, dia patah balik dan pergi ke isterinya dok bisik-bisik. Mak dan ayah baru beberapa suap, dia datang lagi. Dia jerit dan guna 'Kau', 'Aku'' dan kata ayah saya tak reti ajar anak. Hello?? Dia halau kakak saya yang free hair dan selagi kakak tak pergi dari situ, dia jadi gila. Jadi, kakak saya berdiri di tengah hujan dan tengok mak ayah dari jauh sebab dia tahu salah dia sambil meleleh air mata.

Bila ayah saya kata dia kurang ajar, dia pula kata, "Aku kisah apa aku kurang ajar,". 

"Apa hak kau nak halau dia, cakap?" soal ayah pada dia. 

"Aku Polis Bantuan sinilah," balasnya. 

Ayah minta lencana dia. Lelaki itu tunjuk sambil cakap, 

"Ek eleh orang tua ini, nah! Ambik!" katanya. 

Saya tak pernah cakap 'ek eleh' dengan ayah saya begitu.

Tak sanggup betul tengok video itu banyak kali. Saya tengok mak tengah makan, Ya Allah. Kenapa jahat sangat kau ni, bang. 


Mia turut meminta orang ramai berhenti menghubungi dia dan kakaknya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Malah meminta orang ramai memahami situasi mereka yang mana kakaknya menjadi mangsa tindakan lelaki yang rasional dalam melakukan teguran itu. 

Justeru, Mia menggesa Polis Diraja Malaysia siasat dan ambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. - The Reporter

Artikel berkaitan: 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close