Isteri Tak Masak Nasi Sebab Tiada Beras, Anak Jadi Mangsa Maut Ditendang Bapa Sendiri

 
Seorang bapa sanggup menendang anak sendiri yang berusia 2 tahun sehingga maut gara-gara perselisihan dengan isteri. Dalam kejadian yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 6 April lalu, Muhammad Ramadhan terpelanting sejauh satu meter selepas ditendang bapanya sendiri, Indra sehingga maut. 

Ianya berpunca dari pergaduhan kerana masalah kewangan antara Indra dan isterinya Maryamah. Memetik dari laporan Merdeka, Indra gagal mengawal emosinya kerana ingin makan namun isterinya tidak memasak nasi akibat ketiadaan beras untuk dimasak. 

Pada mulanya Indra menendang anak sulungnya Muhammad Zairi sehingga mengalami luka di bahagian kening. Terkejut dengan tindakan bapanya, anak kedua Muhammad Ramadhan menjerit ketakutan. Tangisan itu menyebabkan Indra lebih berang dan bertindak di luar kawalan. 

Indra terus menendang Ramadhan pada bahagian rusuk kiri sehingga kanak-kanak itu terpelanting lebih satu meter ke dinding. Mangsa cedera di bahagian rusuk dan kepala meninggal di tempat kejadian. 

Melihat anaknya tidak sedarkan diri, Indra meminta pertolongan dari isterinya namun tiada respon. Mereka menjerit meminta pertolongan dari jiran dan jiran-jiran yang hadir membuat laporan kepada pihak polis. 

Selepas ditahan pihak polis, Indra kelihatan menyesal dan memberitahu tidak berniat untuk membunuh anak kandungnya sendiri. Indra bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dibawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. 


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close