Rumah adalah antara aset yang bernilai untuk dimiliki kerana pasaran harga yang kian melonjak setiap tahun. Ianya adalah satu pelaburan yang boleh memberi keuntungan pada pemilik.
Semua orang mengimpikan sebuah rumah yang selesa untuk diduduki bersama keluarga tersayang. Namun seringkali kita terbaca ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga yang sangat melampau.
Bagi Azhar, impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri sejak sekian lama kini sudah tercapai hasil inisiatif DBI Homes ini. Sebelum ini beliau tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah yang sangat tinggi dan tidak mampu untuk dibeli olehnya.
DBI Homes kini akan menawarkan satu inisiatif rumah murah dengan harga RM50,000 pada majlis pelancaran yang akan diadakan pada 17 April 2017.
Majlis tersebut akan diadakan di Flora Terrace Hampshire, Kuala Lumpur dimana bagi mereka yang berminat memiliki sebuah rumah dengan harga RM50,000 bolehlah datang ke majlis pelancaran tersebut dan disana anda boleh bertanya dan terus membuat tempahan.
Selain itu, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis terkenal seperti Khai Bahar, Aesar Mustafa, Amanda, Elmin dan Dollah Cantek.
Bagi mereka yang ingin memiliki rumah pertama amat digalakkan untuk berkunjung ke majlis pelancaran oleh DBI Homes kerana unit adalah sangat terhad untuk dimiliki. Oleh itu orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dan mana tahu inilah peluang yang ditunggu-tunggu untuk memiliki rumah dengan harga yang berpatutan.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment