Hakim Wanita Pertama Beragama Islam Di Amerika Syarikat Ditemui Maut Terapung Di Sungai Hudson


Mayat individu kulit hitam yang merupakan hakim wanita pertama Muslim dilantik di Amerika Syarikat (AS) ditemui di Sungai Hudson, kata jurucakap polis tempatan hari ini.

Memetik laporan Reuters, jasad Sheila Abdus-Salaam yang berusia 65 tahun serta berkhidmat di mahkamah tinggi New York itu dijumpai tidak bernyawa dan terapung di barat Manhattan, Amerika Syarikat pada Rabu.

Pihak polis New York terpaksa menarik mayat allahyarham yang masih lagi berbalut lengkap berpakaian ke tebing sungai tersebut pada sekitar pukul 1.45 tengah hari Rabu waktu tempatan atau 1.45 pagi Khamis waktu Malaysia.

Jurucakap polis memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti waris ahli keluarganya dan selesai melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah Sheila untuk menentukan punca penyebab sebenar kematian mangsa tersebut.

Allahyarham yang berasal dari Washington DC, menjadi wanita berdarah Afrika-Amerika yang pertama dilantik bertugas di mahkamah tinggi daerah itu ketika Gabenor Mario Cuomo memilihnya untuk ditugaskan pada 2013 lalu.

Terdahulu, akhbar berpengaruh The New York Post melaporkan, allahyarham dilaporkan telah hilang dari rumahnya di Harlem, New York sejak pagi Rabu dan usaha untuk menghubungi keluarganya juga tidak berjaya.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close