"Disebabkan Cantik, Aku Jadi Angau Sampai Sanggup Habiskan Duit Untuk Dia"


Secara ringkasnya yang tak berapa nak ringkas, aku ada kawan namanya D (lelaki) yang baru je berhenti kerja 2 minggu lepas. Nak dijadikan cerita, dia resign secara baik, hantar notis sebulan sebelum berhenti. Makanya, aku yang ala2 HR ni gigihlah mencari pengganti dia. Lebih kurang seminggu gitu, seorang gadis bernama S diterima masuk untuk bekerja. Di sinilah bermula episod jatuh cinta pandang pertama D terhadap S.

S ni asalnya dari Pantai Timur. Untuk sementara waktu, beliau duduk menyewa dengan sepupunya. Nak dijadikan cerita, aku dan rakan lain ni ade laa jugak sifat kemanusiaan sikit, tolonglah beliau carikan bilik untuk disewa. 

Gigih mencari, tiba2 S cakap dah dpt umah sewa.. Alhamdulillah.. Legalah kami ni sebab S ni nampak sangat lemah lembut, cakap pun perlahan je..Aku and The Geng mulut jenis riuh, potpet potpet.. Nak gurau lebih, cakap kuat sikit pun rase tak sampai hati..Hoho

Ok, sambung balik, sepanjang baki lebih kurang 3 minggu si D ni bekerja, hari2 mulut tak lepas bercakap mengenai S. Hari2 jugak laa lepas balik keje si D ni bcakap pasal S, nak tackle S, yakin S jodohnya blablabla.. Aku sebenarnya ok je kalau sesekali die nak bercerita pasal S tu, tapi kadang tu memang meluat jugak laa.. 

Ko takde benda lain nak sembang ke? Si D ni, die bukan je mengaruk aku, geng aku yang lain pun die haruk jugak semata nak tau pasal si S tu. Dia suruh risik kat S, sama ada S ni dah ade boyprend ke belum. Kitorang ni memula okay laa.. Tanya si S, S kata die single, takde sesape…

Dan tibalah hari si D mula bekerja di tempat baru, S ni mula bekerja sendiri tanpa tunjuk ajar si D. Tiap mase dok tanya kat aku n the geng si S ni okay ke? Majikan ade marah die tak? And soooo on.. Aku ni malas dah nak layan, memang takde laa nak balas whatsapp begitu.. 

Bukan jeles si D ni dengan S ye.. Tapi kalau dah tiap masa bertanya memang annoying.. Ohh, D pernah cakap kat aku, dia nak confess kat S yg dia suka kat S dan nak memperisterikan S. Aku ni malas nak layan sangat, aku cakap kat die ikut ko laa D.. Baru kenal 3 minggu, ko buat laa apa ko rasa terbaik..

And selang seminggu lepas si D ni resign, status pesbuk D ni dah merepek, meroyan frust.. Macam2 ayat kuar laa.. Antara yg aku ingat ‘Ibarat melepaskan anjing tersepit’. Aku dah rasa dah, dia ni mesti dah confess kat S, pastu kena reject / friendzone.. Tapi aku senyap je.. Nak tunggu dia yg bercakap sendiri.

Nak dijadikan cerita, semalam D whatsapp ajak aku n the geng pegi lunch hari ni. So, lunch tadi kitorang pun pergilah lunch bersama. Masa ni D meluahkan segalanya.. D bercerita die baru je berhenti kerja Isnin baru ni. 

Kira seminggu jelaa die kerja kat tempat lama tu.. Katanya majikan kat tempat baru tu hanya menggunakan dia je..Lagipun company tu nak melingkup.. Untuk 3 hari ni, dia buat uber sementara nak menunggu kerja baru. Tu memang kesian sangat2.. Tapi kisah yang die cerita pada kitorg tadi, tak tau nak kesian ke nak maki ke apa..

D dengan muka serabainya bercerita die tengah frust menonggeng dengan S sebab S sebenarnya dah ada boyfriend. Kantoi depan mata.. Rupanya selama ni dia hanya dipergunakan oleh S je.. Hampir semua benda D ungkit. Kami ni sangat tak sangka dengan “pengorbanan” yg D dah buat. Antaranya meh aku bagi point:

1. Sewa rumah. D yang carikan rumah sewa untuk S.. Tuan rumah charge RM800 tapi sebab tuan rumah tu kawan D, dapatlah kurang RM350. Haa..Part ni S cuma bayar RM300 je..Lagi RM50, D akan bayar tiap bulan. Part nak masuk rumah sewa pulak, tuan rumah kata masuk hari Rabu, si S tetap nak masuk Ahad, jadi D ni mase tu tengah angau, merayu kat tuan rumah nak masuk gak Ahad tu.

2. Transport. Sebelum dapat rumah sewa, D ni gigih kuar dari rumah 6.30 pagi semata nak ambik S pegi kerja.. Balik pun sama.. Balik sampai tengah malam pulak tu.. Jarak rumah D ke rumah S lebih kurang sejam jugak ye.. Gigih sangat..

3. Makan minum. Part ni fully sponser by D. Breakfast, dinner sume D. Pnah 1 masa S teringin nak makan fast food ni.. D yang dah half way nak sampai rumah, gigih patah balik belikan makanan untuk S ni.

4. Shopping. Ke mana je si S nak pergi, D akan bawakkan.

5. Ni part kitorang feel like whatttt?? Emas. D ni pengumpul emas bar. Dengan rela hatinya, D ni pergi bagi kt si S. Sekarang ni bile dah kena dumb gitu, baru nak menyesal.

Banyak lagi, tapi tu point yg aku ingat. Lepas die bercerita tu, memang kitorang bagi setepek laa kat die sebab sebelum ni kitorang dah nasihat macam2.. Tak salah nak berbuat baik sesama manusia, tapi biar berpada.. Niat tu pun kena betul dan ikhlas. Ni ko tolong die A-Z at last kau kena friendzone. Last2 kan dah menangis tak berlagu. Si D bercerita dah ber K jugak duit dia habis untuk S.. Kesian kan..sebab angau, sanggup korbankan segalanya..

Apa yang aku tulis ni dah dapat keizinan dari D, untuk pengajaran jugak kepada lelaki kat luar sana. Jangan terpedaya dengan kecantikan dan kelembutan seorang perempuan dan sila ukur baju di badan sendiri. 

D sendiri dah mengaku selama ni dia terpikat dengan S sebab ciri2 perempuan melayu terakhir yg ada pada luaran S. Kenali dulu hati budi, siasat dulu siapa yang kita berkenan tu..


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close