"Aku Nampak Dengan Mataku Ibu Tengah Bermesra Dengan Lelaki Lain..Bagaimana Aku Nak Tegur Ibu?"


Bismillah. Tujuan aku tulis confession ini kerana aku hampir buntu, entah pada siapa lagi nak aku cerita beban yang aku simpan sorang sorang ni. Sebelum aku mulakan confession aku, ingin aku tegaskan Demi Allah aku tak berniat untuk mengaibkan atau membuka pekung sendiri. Aku sekadar mahu meminta pandangan kalian. Kerana aku pasti akan ada komen yang dapat membantu.

Aku Fifi, umur 22 tahun. Aku ada 3 orang adik beradik. Abang dan kakakku masing masing sudah berkeluarga. Aku pun dalam hujung tahun ni akan bernikah. Ibu dan ayah aku masih hidup. Ibu aku pekerja sebagai PR Officer, umur 46 tapi kalau tengok depan depan nampak macam baru nak masuk 40 sebab ibu memang cantik, jaga penampilan. Sampaikan kadang orang kata ibu dengan aku macam adik beradik. 

Tapi ayah aku sudah setahun terlantar sakit. Ayah strok sebelah badan. Tapi aku bersyukur kerana ibu masih setia menjaga ayah walaupun ayah tak mampu berikan nafkah lagi dan walaupun makcik makcik aku selalu suruh ibu minta cerai sebab katanya ayah aku sudah lebih 3 bulan tidak beri nafkah. Semuanya okay sampailah satu hari tu aku dapat berita yang kurang senang bagi aku.

Aku ingat lagi. Masa tu lunch hour. Aku masih dalam bilik meeting sebab meeting tak habis lagi. Aku dapat whatsapp dari tunang aku. Tunang aku hantar gambar ibu tengah lunch dengan sorang laki ni. Tapi aku tak rasa pelik atau hairan sebab ibu kerja PR (public relation), so memang selalu jumpa client tu semua. Aku ignore je yang tu.

Aku ingat terhenti kat situ je benda tu. Sampailah aku sendiri nampak depan mata aku. Satu hari tu ibu bagitahu ibu kena pergi Luar kawasan sebab ada kursus. Memang selalu ibu ada kursus jauh jauh. Malam tu aku pergi dinner dengan tunang aku. Celebrate dia naik pangkat. Tunang aku bawa dinner kat satu hotel ni. Dan yang buat aku terkejut nampak ibu dengan sorang laki nampak mesra tengah makan dekat hotel tu juga. 

Tapi ibu tak nampak aku dengan tunang aku. Aku terus tarik tunang aku. Aku ajak dia makan tempat lain. Jujur aku cakap. Aku malu sangat dengan tunang aku. Sebab masa tunang aku amik aku dekat rumah dia tanya mana ibu. Aku cakap ibu kursus outstation. Tapi tadi? Hmmm. Aku harap tunang aku tak fikir buruk tentang ibu. Sepanjang dalam kereta otw nak cari restoran lain, tunang aku asyik tanya aku okay ke. 

Aku just diam dan senyum kelat. Dalam otak aku berpusing pusing kenapa ibu ada dekat situ, siapa lelaki tu, kenapa ibu kata ibu outstation. Aku dah mula buat andaian bukan bukan. Tapi aku cuba lupakan sebab nak celebrate dengan tunang aku kan. Tak nak lah dia nampak aku moody.

Malam tu lepas balik rumah aku whatsapp abang dengan kakak aku (group whatsapp adik beradik). Aku cakap apa yang aku nampak semua tu. abang dengan kakak relax je. Balik balik suruh aku husnudzon. Diorang kata mungkin tempat kursus ibu berubah tempat ke. Okay lah aku husnudzon.

Satu hari ni entah apa hasut kepala aku ni untuk bukak whatsapp ibu. Aku tahu susah nak dapat pegang phone ibu. Masa hari ahad jela yang ibu jarang pegang phone sebab busy masak. Hari lain ibu kerja. Masa ibu tengah leka mandi, aku ambil phone ibu, aku bukak whatsapp web dekat phone aku (guna browser). 

Alaa korang mesti tahu kan cara nak baca whatsapp pasangan la apa la yang guna whatsapp web. Aku pun scan lah. Tujuan aku bukak kat phone aku sebab phone ibu aku tak boleh nak pegang lama lama. Kantoi lah nanti aku nak spy. Settle je scan QR code tu, hati aku berdebar gila nak baca whatsapp ibu. Memang berpuluh lah conversations kan pasal kerja la and so on. Aku pun bukak laa satu satu nama yang aku rasa macam suspicious.

Ada satu whatsapp tu aku nampak ada emoji smooch (yg kiss tu). Haaa terus aku bukak yang tu. berderau darah aku bila baca conversation tu. Cerita pasal benda benda yang tak elok, panggilan manja. Allah. Mengucap panjang aku. Aku terus scroll dan ada ayat dari jantan tu “so bila tarikh nak i book room?” Hmm masa ni aku rasa macam nak mengamuk pun ada. Korang faham sendirilah pasal apa tu. tak nak aku cerita lebih. 

Aku jadi buntu. Aku screenshot, aku tunjuk dekat abang dengan kakak aku. Aku mintak diorang jumpa ibu tanya. Sebab aku kan paling kecik, tak nak memandai lebih lebih dari diorang. Tapi abang dengan kakak aku tak nak layan. Katanya ibu dah tua tahulah hukum halal haram. Aku tahu kenapa diorang macam tak nak port dah. Sebab ni bukan kali pertama. 

Dulu masa aku form2 pun pernah kecoh benda macam ni tapi masa tu cuma kantoi ibu mesej orang lain je. Tak lebih. Aku nak bagitahu ayah, aku tak sampai hati. Sudah lah orang tua tu terlantar sakit, pulak ayah ada sakit jantung. Risau aku nanti ayah terkejut.

Aku solat hajat, aku doa banyak banyak minta Allah tunjukkan aku jalan utk settle benda ni. Entah macam mana satu hari tu aku berani tanya ibu. Aku tak cakap pasal whatsapp. Aku cuma cakap pasal nampak ibu kat hotel. Ibu keras keras nafikan. Katanya itu boss ibu lah. Tapi aku tahu bukan. 

Ibu kata aku tuduh ibu, tak percayakan ibu. Ibu siap nangis cakap dia penat cari duit kerja tapi aku tuduh bukan bukan. Aku dah rasa serba salah sangat. Aku bukak mulut pasal whatsapp. Terjegil bijik mata ibu. Ibu marah aku sebab kacau privacy ibu katanya. Ibu terus naik suara “hal aku kau jangan campur, kau budak lagi tak tahu apa”.

Ye aku budak lagi baru 22 tahun tapi aku faham sangat semua tu. hmm. Sekarang ibu dah tak bercakap sangat dengan aku. Kali ni bukan tunang aku je, kawan aku pun dah mula bagitahu cakap nampak ibu kat mall tengah shopping dengan laki la, nampak mesra la macam macam lah. Aku dah sampai malu. Nasiblah tunang aku bukan judgemental. Risau lah jugak kot dia fikir family aku ni buruk buruk ke latar belakang. Haihh. So macam mana aku nak tegur ibu aku? 

Pernah aku sengaja nyanyi lagu pasal curang kuat kuat masa ibu tengah tengok tv, aku beli buku dosa dosa besar aku letak dekat kereta ibu, aku gayut dengan tunang sambil saja sindir cakap jangan curang. Macam macam. Tapi semua tak jalan. Tak kan aku nak bagitahu pakcik aku pula. Eh tak boleh. 

So apa patut aku buat? Nak tegur ibu memang dah tak boleh lah. Aku pulak yang kena marah nanti. Ibu siap pernah cakap kalau aku tak suka dia, aku boleh keluar rumah. Aku bukan tak suka ibu. Aku tak suka ibu buat hal je hmm. Kalau korang, apa korang akan buat?


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close