Wanita Meroyan Caj RM1 Di Klinik Kesihatan Kerajaan


Agak mengejutkan bila seorang netizen telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bayaran yang dikenakan apabila mengunjungi klinik kesihatan kerajaan

Katanya, hanya untuk buat pemeriksaan kesihatan dan juga menimbang berat bayi, dia telah dikenakan caj RM1. Alahai, RM1 pun nak meroyan?

Katanya lagi, "ekonomi Malaysia sudah tenat!"

Tindakannya itu mungkin untuk meraih sokongan dari kalangan orang lain agar turut mengkritik kerajaan kerana mengenakan caj tersebut.

Sebaliknya, netizen ini pula yang telah dihentam oleh orang ramai. Ini kerana caj RM1 yang 'dibisingkannya' itu tidak wajar dijadikan rungutan malah apa lagi, bahan untuk menaikkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan. 

Sebaliknya, masyarakat meminta netizen ini agar bersikap lebih bersyukur kerana dengan hanya RM1 itulah dia dapat membuat pemeriksaan kesihatan anaknya. 

Mereka juga mengkritiknya kerana terlalu berkira dengan kesihatan anaknya meskipun dengan bayaran cuma RM1. Satu tindakan yang sangat tidak wajar. 

"Mekap punyalah tebal. Harga mekap sahaja dah boleh bayar 100 kali temujanji klinik kerajaan. Ekonomi kerajaan tak tenatlah, nampaknya engkau yang kaki boros. Berkira sangat!"

"Kenapa dia merungut ya. Kesian suaminya..Jika caj RM2 pun, saya rasa kita rakyat Malaysia masih mampu.."

"Bukan marah pasal RM1 itu sebenarnya, motif nak semarakkan api kebencian kepada pemimpin. Dasar batu api."

Begitulah antara komen yang diberikan oleh netizen lain. Mereka terus menerus tidak dapat menerima tindakan si empunya diri yang merungut dek kerana caj RM1 itu. 

Apa pula pendapat anda? Adakah terlalu berkira dengan caj yang dikenakan sedemikian rupa?


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close