'Tak sangka suami ada bakat deko rumah'


Beruntung si isteri mempunyai suami yang pandai mendekorasikan rumah mereka. Dari sebuah rumah yang tidak kelihatan seperti rumah, si suami dalam diam buat kerja di belakang tadbir. Semuanya dilakukan lebih kurang dalam masa sebulan sahaja. 

Apabila segalanya sudah selesai, barulah si suami membawa isterinya pindah ke rumah mereka dan reaksi si isteri? Nak dicampaknya suami dari tingkat 3. 


Sebulan sebelum berkahwin, suami kata "Kita dah dapat rumah sewa". Saya punyalah teruja nak tengok rumah sewa itu. Tetapi suami cakap tak boleh tengok lagi. 

Rupa-rupanya, nauzubillah, patutlah tak nak tunjuk sangat. 





Alhamdulillah cukup beruntung suami sudah sediakan sebaiknya rumah untuk si isteri duduk meroyan seorang-seorang semasa dia pergi kerja. Semuanya dia deko sendiri. 

Terima kasih suami Mir Mario





Rumah yang sebelum ini, nampak macam jamban pun ada. Mula-mula jejak kaki dalam rumah ini, rasa macam 'woww!' tak sangka suami ada bakat juga. Dah happy sangat, rasa macam nak angkat dia dan campak dari tingkat 3. Hahaha! 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close