Dengan keadaan kos sara hidup yang naik, ramai di kalangan kita mencari jalan untuk berjimat cermat. Mungkin dulu kalau ke tempat kerja menaiki kereta, kini mungkin menaiki motor untuk mengurangkan kos petrol. Tips dari Muhammad Musoddiq ini amat berguna bagi mereka yang baru membeli motor
Ketahui Hak Anda - Servis percuma selepas pembelian motor. Bagi sesiapa yang membeli motor baru, kebiasaannya kita akan mendapat khidmat servis percuma. Sebenarnya, khidmat servis percuma tu memang hak pembeli dan datangnya daripada kilang untuk diberikan kepada pembeli.
Pembeli akan dapat kupon yang datang kilang dan berhak untuk buat servis dimana-mana wakil pusat servis. Bukannya kena kembali ke kedai yang kita beli. Apabila kita buat servis ke mana2 wakil servis, kupon akan diberi dan wakil servis akan claim balik ke main branch.
Mungkin akan kata, "ala, berapa sangatlah harga servis tu. Minyak hitam dan oil filter tu kena bayar sendiri".
Inilah mentaliti yang diambi kesempatan oleh penjual dan wakil pusat servis. Kebanyakan kita tak pernah tahu pun kewujudan kupon tersebut dan sangkakan ianya adalah ehsan daripada wakil jualan dan pengedar.
Untuk yamaha, di kompleks Yamaha Hong Leong di sungai buloh, kupon tu berharga RM30. Kalau 10 kali servis dah RM300. Kalau 20 motor, dah boleh beli 1 motor yahama LC tanpa insurance dan road tax.
Malah, ada sesetengah kes, penjual tu langsung tak bagi servis percuma dan kononnya tidak layak menerimanya.
Kes aku, aku beli motor baru. Sebab diskaun yang tinggi dan bawah harga pasaran untuk on the road. Katanya aku tak dapat 10 servis percuma. Jadi aku pergilah ke kompleks hong leong yamaha untuk servis.
Aku lagi suka ke sana berbanding bengkel2 yang tak ada etika customer services. Kita tanya lebih2 atau tak puas hati, pomen buat muka marah atau perli2. Biarlah bayar mahal sikit, janji puas hati. Bukannya demand atau bossy. Aku tanya soalan teknikal sebab aku nak belajar.
Jadi masa disana, mereka minta kupon tu, aku jawab tak terima sebab katanya aku tak layak sebab dia bagi harga murah. Dia tanya aku harga, aku jawab sekian2, dia kata memang murah. Tetapi kalau kedai tu bagi free pun, aku tetap layak menerima kupon tu sebab ianya datang dari kilang. Dan dia bagi penerangan seperti di atas. Kita boleh pergi mana2 wakil servis, dan wakil servis yang kita servis motor boleh claim dari hong leong yamaha.
Nampaknya aku dah kena tipu. Dulu masa bujang aku belikan adik aku motor, bersusah payah dia pergi balik ke kedai tempat aku beli motor tu untuk servis percuma. Kedai yang tipu aku kata tak layak dapat percuma ni ada di taman tun ismail. Budak2 sungai penchala tahulah kedai motor mana satu. Sederet dengan 2 bank kedai motor tu.
Kalau sesiapa yang rajin baca manual kenderaan seperti aku, pada mileage tertentu wakil pengedar patut cek bahagian lain seperti break, light, carburetor dan berbagai2 lagi seperi yang ditulis dalam manual.
Itulah gunanya servis percuma itu selepas pembelian motor. Ianya untuk memastikan motor dalam keadaan baik. Ada jadual tertentu untuk servis tertentu sepertj dalam buku manual kenderaan yang kita beli. Malah, kita patut dapat satu lagi buku yang menyatakan mileage tertentu, bahagian motor tertentu masih lagi bawah warranty tertentu.
Untuk pengetahuan semua, aku cuba tanya pemilik2 superbike yang datang ke kompleks hong leong Yamaha sungai buloh, semua kata dapat kupon tu. Nampak sangat benda ni mereka lakukan ke pemilik motor kapcai seperti motor aku.
Ketahui hak anda, jangan biarkan anda ditipu walaupun anda rasa berapalah sangat. Tetapi sebenarnya mereka ambil untung beribu2 atas ketidakpedulian anda.
***
Kalau siapa nak kata, "huyyo motor baru". Ketahuilah yang aku jual kereta dan motor lama adik aku untuk beli motor ni. Aku dah jangka dah minyak akan naik mendadak lagi2 penghujung tahun 2016 dan ke atas. Aku dah tak larat tanggung duit minyak RM400-600 sebulan. Sekarang ni, aku cuma belanja RM6 seminggu untuk motor.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment