Hati mana yang tidak meruntun kesedihan bila melihat anak-anak kecil menangis kehausan dan kelaparan? Setiap jiwa insan pasti akan tersentuh melihat anak-anak yang tidak ketahuan hala tuju dan terbela kebajikannya.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Alyaa Nor yang menemui sebuah keluarga daif di hadapan Hotel Sani Chow Kit.
Tiga orang anak kecil dilihat sedang bermain di tepi longgokan sampah dengan keadaan yang tidak terurus. Menurut Alya lagi, mereka bukanlah rakyat negara ini dan berkemungkinan besar etnik Rohingya.
Ibu mereka ada di situ memerhatikan anak-anak dan menurut orang sekeliling lagi suaminya sudah meninggal dunia akibat dilanggar lori.
Apa yang lebih menyedihkan adalah pihak berkuasa tempatan termasuk pihak kebajikan masyarakat dan pihak imigresen seolah-olah tidak mengambil peduli walaupun dikatakan sudah menerima aduan.
Netizen yang melihat video ini masing-masing meluahkan rasa sedih dan kasihan terhadap apa yang terjadi.
Justeru itu, jika ada sesiapa yang mengetahui cara bagi membela nasib keluarga yang malang ini mohon tampil ke hadapan. Bantulah saudara kita kerana mereka juga makhluk Tuhan yang wajib disayangi dan dilindungi.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment