"Sekiranya nampak mereka yang bertompokan berada di depan pintu rumah anda, hanya kata tak nak saja."
Itu adalah mesej yang dihantar pihak polis di Connecticut pada Ahad lalu, setelah beberapa ekor lembu bertompok yang dikatakan melarikan diri dan kelihatan berada di depan pintu rumah sekitar Suffield.
Menganggap hal itu sebagai sesuatu yang melucukan, polis terbabit menyifatkan lembu yang terlepas dari kandang itu sebagai penjual susu lembu yang bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
Kemudian gambar yang diambil itu dimuat naik dalam Facebook dengan status, "awal pagi ini pegawai polis terima dua aduan berhubung dua orang lelaki yang tiada permit cuba menjual produk susu dari sebuah rumah ke rumah lain dan kini telah ditahan."
"Kami ingin mengingatkan semua orang, jangan buka pintu untuk sebarang lembu yang tidak dikenali."
Memetik laporan Western Mass News, Sarjan Geoffrey Miner memaklumkan, pegawai polis mengetahui kehadiran lembu-lembu itu setelah terserempak dengan kelibat 'mereka' berkeliaran di sepanjang jalan dan halaman rumah orang.
Gambar yang dimuat naik itu memperoleh perkongsian sebanyak 7,500 kali. Sementara itu, pegawai polis telah berjaya membawa lembu-lembu tersebut kembali ke kandang mereka. Miner turut menyalahkan keadaan kandang yang pecah menjadi punca lembu itu terlepas.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment