Komuniti Iban Sarawak Mahu Kumpulan Zero Minta Maaf


Rancangan realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) baharu sahaja membuka tirainya Jumaat lalu, namun nampaknya sudah timbul cerita kurang enak apabila kumpulan Zero dikatakan telah menghiris hati masyarakat Iban.

Masyarakat Iban tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan Zero yang mengenakan pakaian tradional mereka yang dikenali sebagai ‘Ngepan Iban’ dalam persembahan mereka pada minggu pertama.

Memetik laporan Borneodihati, isu itu timbul kerana ‘Ngepan Indu’ adalah pakaian tradisi untuk kaum wanita sahaja, dan tindakan Syaiful Zero mengenakannya disifatkan seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional masyarakat Iban.

Menurut Pensyarah dan Pengkaji Sosiobudaya Masyarakat Iban di UPSI, Dr. Patricia Ganing, kumpulan itu sepatutnya melakukan penyelidikan kerana Ngepan Indu sememangnya tidak boleh dipakai sesuka hati.

“Kalau dari sudut kepercayaan Iban memang Ngepan Indu ini tidak boleh sesuka hati digunakan atau dipakai, sebabnya kalau zaman dahulu, ini merupakan pakaian untuk dewi Kumang dan dewi-dewi yang lain.

“Pemakaian Ngepan juga hanya untuk upacara ritual sahaja di zaman kala, bukan untuk suka-suka. Cumanya sekarang ini pakaian ini telah dikontemporarikan sebagai pakaian untuk menari.

“Malah kalau zaman dahulu, untuk menenun kain ini pun ada ritualnya. Corak yang dihasilkan pada kain pun, diturunkan oleh dewi kepada manusia melalui mimpi. Bukan sesuka hati sahaja untuk menghasilkan corak pada kain.

Naib Presiden Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching, Isa Lee juga menasihatkan pihak terlibat tidak mengejek warisan masyarakat tempatan lain dengan mempersendakan pakaian tradisional.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close