Agak lucu didengar, seorang janda di Ampang Jaya di sini menggunakan taktik berpakaian baju tidur labuh untuk mengaburi kegiatan jenayah dilakukan.
Digelar sebagai 'janda kelawar', dia dikesan memakai persalinan tersebut setiap kali mahu mengambil mengambil dadah yang diletakkan penjual di tong sampah berhampiran kediamannya.
Menurut laporan Harian Metro, janda berusia 45 tahun itu juga sangat terkenal dalam kalangan penagih Taman Cempaka.
Ini disebabkan dia sering menjadikan rumahnya sebagai sarang untuk melepaskan gian beramai-ramai. Malah dia juga turut menyediakan dapur untuk memasak syabu dalam rumah kedai yang disewanya itu.
Difahamkan lagi, sejak menjadi janda 14 tahun lepas, dia sangat bermurah hati untuk memberi hutang kepada penagih yang tidak mempunyai duit untuk membeli dadah.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment