Demi Anak Ibu Sanggup Curi 25 Pasang Baju Dari Butik Terkenal

 

Berikutan terlalu inginkan anaknya berpakaian baju baru namun kerana ketiadaan wang, seorang wanita berusia 25 tahun mengambil keputusan mencuri 25 helai pakaian kanak-kanak dengan cara mengeluarkan kesemua kunci anti kecurian.

Memetik laporan Apple Daily, kes kecurian tersebut berlaku di sebuah kedai fesyen Uniqlo yang terletak di tingkat empat dalam sebuah pusat membeli belah di Kaoshiong, Taiwan. 

Ketika itu, wanita berkenaan bertindak mengambil sebanyak 25 helai pakaian kanak-kanak termasuk baju, seluar, jaket dan sebagainya yang bernilai kira-kira RM1,534.

Apabila membuat bayaran di kaunter, juruwang mendapati wanita itu mempunyai bag plastik yang dipenuhi baju, maka dengan segera menjalankan pemeriksaan ke atas bag itu dan mendapati semua kunci anti kecurian pada kesemua pakaian kanak-kanak yang diambilnya itu telah ditanggalkan.

Dilaporkan pada masa itu wanita berkenaan cuba berlari keluar dari situ, namun juruwang segera menahannya.

Barulah wanita itu mengaku dirinya hanya tinggal RM144 sahaja dan tidak mampu membeli kesemuanya. 

Difahamkan kunci anti kecurian itu ditanggalkan dengan menggunakan 'pengapit harimau'.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close