Dakwa Serang Bekas Isteri, Zainal Abidin Balas Kenyataan Anak Gadisnya

Dakwa Serang Bekas Isteri, Zainal Abidin Balas Kenyataan Anak Gadisnya



Zainal Abidin tidak terguris hati dengan tindakan anaknya, Timur Gabriel yang telah meluah rasa di laman sosial, Instagram.

Ini ekoran kenyataannya berkenaan anaknya itu yang terikut-ikut dengan gaya hidup Barat.

Luahan anaknya itu dianggap sebagai kisah seorang gadis yang yang sedang meningkat dewasa dan sedang membesar.

Sebenarnya, teguran dari Zainal sebelum ini lebih bertujuan kepada nasihat dan katanya tiada niat untuk memburukkan bekas isteri dan anaknya.

Teguran itu bagaimanapun, disalah anggap Timur yang mengatakan bapanya sengaja menggunakan media untuk menyerang ibunya.

Ini komen Zainal:

"Biasalah budak-budak. Sebagai bapa, saya cuma menasihatinya kerana ayah mana yang tidak sayangkan anak? 

"Apa yang diluahkannya itu tidak benar. Kenapa perlu saya memburukkan ibunya?,"

Untuk pengetahuan, Zainal dan Gabriel mendirikan rumah tangga pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan dua anak.

Anak sulung bernama Mikhail yang kini berumur 24 tahun  manakala Timur adalah anak kedua yang kini berumur  22 tahun.

Jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pasangan itu, bagaimanapun berpisah pada Disember 2000.

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close