Seorang pelajar tingkatan lima mendakwa dimalukan oleh seorang guru yang menyuruhnya membuang bungkusan nasi lemak ke dalam tong sampah dengan menggunakan mulut.
Pelajar sekolah di Kuala Nerang ini juga mendakwa dia telah ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas.
"Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil menggunakan tangan. Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia mendakwa saya tidak mengikut arahannya."
Menurut mStar Online, bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis kerana tidak dapat menerima apa yang dilakukan guru tersebut terhadap anaknya. Kes disiasat mengiut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment