Aku bawa motor cap je, ini cara aku simpan duit sampai boleh beli 2 rumah

Assalamulaikum,

Gaji oh gaji...
Cukup ke tak cukup?

Sorang senior office kat tempat keja aku pernah cakap :

"Lagik besaq gaji hang, lagi banyak commitment hang, tak kira la 2 ribu ke atas ka, hang tetap akan kata tak cukup"

Masa mula-mula masuk Kilang Rubber dulu tahun 2013, gaji aku starting rm 1300,
Pastu lepas duduk sekejap selama 3 bulan ada adjustment gaji jadi rm 1400,
lepas 6 bulan tempoh percubaan tamat dan  jawatan IT assistant disahkan jadi 1500,
Nampak banyak tapi untuk zaman 2014 jumlah tu boleh dikatakan kecik la jugak.
Nak banding dengan kilang lain dan kerajaan yang budak teknikal (IT, engineering, letrik, mekanikal, alah benda-benda yang libatkan kemahiran dan kena ada basic knowledge) start rm 1800..
Akibat suka membanding..hahah
Tak reti bersyukur, kat luaq tu banyak lagi orang lain yang gaji lebih rendah..

Budak mentah baru nak terima gaji macam aku ni, tak tau nak manage gaji dengan baik,
selalu merungut dan tak pernah susun dengan teliti..
Ni perbelanjaan aku masa tu

1) Installment Motor RM300,
2) Anggaran Kasar minyak RM 60
3) Beri duit dekat ibu abah RM 100,
4) Hutang PTPTN RM 200,
5) Makan sehari kasar RM10
- tu pun kalau tak beli benda-benda merapu
6) Belanja famili rm 50 (sebulan sekali saja)
7) Beli barang rumah sikit (sikit saja) rm 150
8) Simpan - jenis tak fikir masa depan simpan sikit.. hahaha (rm 50)
9) Sewa Rumah RM 700
10) Merapu habuan diri sendiri - baki dari semua dekat atas ni

Yang peliknya masa tu, aku still rasa tak cukup,
ya memang aku akui aku seorang yang boros masa tu, aku fikir aku nak enjoy puas-puas dengan gaji sendiri.. beli je apa yang aku teringin nak beli masa zaman belajar,
aku akui tu adalah kesilapan besar yang penah aku buat.

Konon sebab situasi terdesak dan mendesak, sibuk nak cari duit lebih, aku pun meniaga, satu sebab minat, tapi satu lagi aim yang lain sebab nak duit, jadi aku lansung tak dak masalah nak dapat duit lebih untuk ikut kehendak dan nafsu, bukan keperluan.

Tapi la ni, sebelum kenaikan gaji januari 2014, tahun 2015 yang gaji aku masih rm 1600,
yang aku rasa macam dah terlambat, tapi sebenarnya dalam hidup kita tak pernah lambat untuk berubah.. kesilapan akan ajaq kita untuk jadi manusia, serius ini pon sebab aku berkenalan dengan member kawan aku ni, nama dia aku rahsiakan dulu, kalau nak tahu baca sampai habis.

Aku mula belajar untuk mengurus kewangan,
dan Alhamdulillah yang awal-awal tadi aku rasa tak cukup, jadi lebih-lebih cukup..

Tanpa buang lebih banyak masa, hari ni aku nak tolong sapa-sapa yang selalu rasa gaji tak cukup,
Dan perlu diingatkan, ni hanya satu alternatif untuk survive, redha dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki walaupun jumlah tu kecil

KEY BESAR dia : senaraikan semua perbelanjaan, cut yang mana tak perlu, make sure benda tu betul-betul perlu.

Okeh, mula-mula skali sentiasa pegang prinsip
"simpan dulu baru belanja"

Aku bagi contoh la cara aku manage dengan gaji 1800 untuk tahun 2015 lepas aku dah insaf lepas aku jumpa kawan kepada kawan aku, yang hairan teknik dia simpan duit sampai boleh beli rumah dan kereta besar, sangat teruja aku nak tahu tapi aku still dengan buat cara aku sendiri macam kat bawah ni waktu tu :

1) Simpan - RM 300 (aku aim untuk sampai jumlah tertentu dalam bank sebab tu aku simpan jumlah ni)
2) Bagi kat ibu abah - rm 200
3) Minyak moto aku sengaja letak RM 50 (kalau lebih simpan)
4) Installment Motor -  RM 300
5) PTPTN aku aim setahun RM 1000 saja, so aku bayar sebulan - RM 84
6) Belanja famili - RM 50
7) Bayar letrik - RM 60 (hahah bayaq habuan dok free)
8) Bagi kat adik lelaki aku - RM 50
9) Susu untuk breakfast - RM 32 ( 6 kotak RM 7.90)
10) Contact lens - RM 35 sebulan
11) Makan sehari rm 10 (keja 26 hari atau kurang) - RM 260
12) seminggu sekali atau dua kali belanja makan ibu n abah (beli something to eat on the way nak balik darik keja)- RM 80

dan yesss, aku boleh save banyak duit, walaupun lepas tolak semua ada la baki rm seratus lebih tapi lebih baik dari sebelum ni, dan cukup untuk buat macam-macam!

pastu berat badan pun turun sampai 5 kg sebab tak merapu makan bukan-bukan..hahaha..(berat badan aku senang nak naik dan turun)
tapi aku still meniaga macam besa, minat tetap minat
cuma kali ni betul-betul sebab minat bukan sebab nak duit lebih.. tapi rasa tak cukup juga hairan betul la.

Redha, merasa cukup dan syukur..
Tak sangka Allah tunjuk hikmah bersabar! 

First aku nak terima kasih dekat orang-orang kat tempat kerja aku..especially orang-orang luar dari opis..Depa sangat baik sebab slalu tolong doa kan aku,bila jumpa mana-mana :

"hangpa orang opis  takpa la gaji 2 ribu"

Aku pun, orang dah doa yang baik, aminkan saja , mana tau Allah makbul doa depa

Kalau belum sampai masanya aku carik rezeki sepenuhnya dengan meniaga, aku mohon Allah lembutkan hati pihak majikan di Kilang Rubber untuk naikkan gaji supaya 'berbaloi', biar aku boleh beli kereta canggih sebiji..

Dan sungguh Allah bagi jawapan..keputusannya aku masih di Kilang Rubber. bukan sebab aku 'rambang mata' ataupun kena 'ikat' hidung tapi aku faham yang Allah masih belum izin aku berniaga sepenuhnya lagi.. Dan sungguh Allah tu lebih TAHU hikmah dan apa-apa saja yang terbaik buat aku.

Selepas seminggu berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana menghadiri beberapa majlis ilmu, banyak perkara yang aku belajar dan tidak kurang juga sempat bersama beberapa individu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ditimba sebelum ini. Semoga ilmu-ilmu yang baik akan dapat memberikan faedah kepada aku dan sesiapa sahaja yang mempelajarinya, terima kasih kepada tuan yang hebat mentor kewangan aku, aku terus dapat belajar teknik hebat

Walaupun setelah berumur hampir 30 an aku masih lagi dengan dunia aku, tiada simpanan, tiada aset kekal hanya bekerja di Kilang Rubber seperti orang-orang lain, pening memikirkan cara untuk aku dapat lakukan sesuatu untuk mengubah cara susunan hidup aku, lihat orang lain dengan kejayaan dan kesenangan tapi aku masih lagi di sini berkerja dengan gaji yang di habiskan untuk perbelanjaan bulanan.

Yang lebih kesian simpanan time tu belum ada lagi boleh dikatakan sangat teruk Dan aku sangat berminat nak melabur dalam Hartanah dan ASB. Aku nak strategi macam mana untuk beli rumah dalam tahun tu juga dengan modal yang minima tanpa ada 10% downpayment dalam simpanan.
Akhirya tahun lepas dapatlah aku sambar sebiji rumah sangat bersyukur aku waktu itu.

Tahun ni dapat lagi sambar sebiji rumah hasil konsisten menyimpan setiap bulan.
Dekat sini nilai keuntungan aku atas kertas tak banyak sangat sekitar RM 53,000.
Fokus pembelian lebih kepada capital appreciation sebelum menerima pasif income setiap bulan.

Dalam masa yag sama, tahun ni juga aku mampu melabur dalam ASB loan mengikut holding power yang ada.

Dan aku masih menunggang motorsikal walaupun mampu memiliki Honda City model baru 2017. Jangan pandang orang sebelah mata mereka yang menunggang motorsikal ni yea.. 

Plan aku banyak dapat tunjuk ajar dari bro yang hebat dengan teknik ni aku perkenalkan Muhd Farid okeh la..aku mampu kongsi takat tu saja..moga-moga manfaat
Agak-agak cara ni boleh guna, guna sajalah, kalau tak boleh insyAllah pasti ada cara lain yang Allah izin ntuk kita survive dalam dunia sementara ni..

Bagi aku apa-apa pun boleh dicapai kalau kita yakin dengan Allah..trust me..Once rasa redha dah ada dalam diri Allah pasti bagi rezeki berlipat ganda...YAKINLAH!

Kredit Sifu Mentor Kewangan Aku Tuan Muhd Farid nak bagitahu ni kalau korang ada masalah kewangan tak tahu macamana nak mula... boleh je contact dia terus. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close