10 Tangga Ini Adalah Yang Paling Ngeri Di Dunia


Ada tak diantara kita yang fobia bila tengok tangga atau tempat curam? Kalau ya anda mungkin seorang yang climacophobia atau bathmophobia. 2 istilah ini untuk mereka yang tak boleh tengok tangga atau berada di tempat yang curam. Tapi bagaimana kalau digabungkan kedua-dua ini? Jom kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dikeluarkan oleh portal Travel and Leisure. Ok, yang tak fobia ni pun mesti lemah semangat nak daki. 

1. Angkor Wat, Kemboja


Candi Angkor Wat yang terletak di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong di Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.

2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)


Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?

3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador


Jangan percaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah untuk mendaki tangga batu yanglicin berdekatan air terjun itu. 

4. Laluan Kabel Half Dome, California


Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.


5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru


Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.

6. Patung Liberty, New York


Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.

7. Stesen Janakuasa Florli, Norway


Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya. 

8. Gunung Huashan, China


Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai 'Tangga Syurga'. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.

9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis


Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!

10. Batu Caves, Malaysia


Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.

Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak?


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close