Terkilan ditertawakan kerana gemuk & hampir disahkan hidap kencing manis, mendorong lelaki ini untuk kuruskan badan



Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana saya boleh kurus? Ramai juga yang menghubungi saya di Facebook bertanyakan tentang tips untuk kurus. Alhamdulillah, berkat tiga bulan bersabar, menahan perit melihat kawan-kawan makan sedap. Part inilah yang paling banyak menguji mental dan fizikal saya. 

Tetapi bila saya fikirkan semula, kalau makan pun hanya sedap di mulut sahaja, kemudian masuk perut dah menjadi lemak. Kadang-kadang nak saja cheat daripada diet ini, tetapi teringat pula pada kisah ketika saya terpaksa naik tangga sampai tingkat 13 kerana lif bangunan sesak pada masa itu. Mahu tak mahu, terpaksa juga naik tanggalah jawabnya. 

Boleh bayangkan, dari tingkat bawah ke tingkat 13 punya usaha dan sampai saja ke kelas, rakan sekelas pandang saya macam baru lepas bunuh orang. Mana tidaknya, habis baju kemeja saya basah terutamanya di bahagian ketiak dan belakang. Biasalah, waktu ini berat saya mencecah 78 kilogram dan hampir-hampir disahkan menghidap kencing manis. 

"Eh, Apiz, kau baru habis bersukan ke apa?" tegur seorang rakan sekelas perempuan dan ditertawakan oleh mereka yang lain. 

Waktu itu memang saya rasa down gila-gila. Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri. Bermacam-macam perasaan negatif bermain di kepala. 

Saya baru sedar sedikit demi sedikit yang saya ini gemuk. Sebelum ini makan kek, kentang, daging, ayam semua memang tak ingat dunia. Main sedap tekak saja bedal. Inilah salah satu sebab utama saya nak dapatkan badan yang sihat. Ada 

Alhamdulillah, daripada 78 kg turun ke 58 kg, hilang 20 kg. Tetapi bab diet ini memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Kalau tidak kuat, memang akan patah balik pada cara pemakanan yang lama. Selain ini, nak kekalkan badan seperti ini juga agak susah sebenarnya. Tetapi apa yang penting kena ingat balik apa misi dan visi kita. 

Kurus ini bukan untuk cantik tetapi ingat, kurus ini untuk kesihatan tubuh badan. Yang penting, usaha, doa, tawakal dan ikhtiar. Ingat kurus boleh datang bergolek?


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close