KUALA LUMPUR - Terkedu dan terpegun seketika pemilik rumah sewa melihat hasil peninggalan 'harta karun' oleh penyewanya sebelum ini.
Lyna Esqandar, tidak menyangka penyewanya yang merupakan pasangan suami isteri tergamak menganiayanya sebegini sehingga dia terpaksa mengemaskan sisa-sisa peninggalan pasangan berkenaan di rumah sewa dua tingkat (RM500/sebulan) yang terletak di Bandar Sri Damansara.
"Sungguh tak sangka, sampai 'cantik' rumah kami selepas ditinggalkannya. Begitu 'kreatif' keluarga ini sehingga kami terpegun melihat keadaan rumah yang ditinggalkan.
"Terima kasihlah kerana meninggalkan harta karun yang begitu berharga untuk kami pamerkan di muzium," katanya.
Turut mengundang persoalan pemiliknya, bagaimana penyewanya boleh hidup dalam keadaan rumah sebegini, yang kotor dan tidak kemas? Sedangkan pada awal penyerahan rumah untuk disewakan, rumahnya itu berada dalam keadaan baik dan bersih.
Selain itu, pasangan itu juga didakwa tidak memaklumkan kepadanya apabila mereka keluar dari rumah sewa tersebut pada Disember lalu dan hanya meninggalkan kunci rumah pada jiran sebelah.
Sementara itu netizen berkata, pasangan itu tidak bersyukur dapat tinggal di rumah teres dua tingkat, yang mana mereka sepatutnya menjaga rumah itu seperti rumah sendiri.
"Patutnya bersyukur dapat tinggal di landed house berbanding yang tinggal di rumah flat. Dahlah RM500, boleh pula aniaya owner rumah begini," kata netizen. - The Reporter
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment