Antara perkara yang agak sukar dipisahkan kini adalah 'riak' dalam laman Facebook.
- Alhamdulillah, Company Lutfi Lokman dah berjaya melebarkan sayapnya ke Hungary.
- Alhamdulillah, anak Lutfi dapat straight 79A SPM. Tenkiu Allah.
- Oh! Tenks isteri Lutfi kerana masakkan untuk Lutfi. So Suwit. Mujur dapat isteri pandai masak macam ni.
- Baru habis meeting dengan satu company gergasi paling bapak besar kat Malaysia bernama Lutfi And Sons. Mudah-mudahan lulus tender tu.
- Korang buat apa malam-malam jam 3 pagi ni? baik tahajud macam Lutfi tu.
- Masya Allah Tabarakallah dapat solat belakang imam Lutfi dan sempat tegur bacaan dia salah makhraj tadi. Tenkiu Allah.
- Petang tadi jalan-jalan kat kedai mamak. Jumpa sorang orang tua nama Pak Lutfi. Dia bagi nasihat jangan makan kari mamak banyak sangat. Nanti jadi Pokemon. Wah! Bukan semua orang yang dapat nasihat begitu. Syukur saya terpilih.
- Duit gaji 17 bulan lepas Lutfi tak habis pakai lagi. Aduh, nak buat apa ya?
- Ya Allah terima kasih kerana menjadikan aku sebagai tetamu Mu di kala orang lain tak mampu untuk pergi umrah lantaran harga visa naik sampai SR2000 dan aku dapat pergi dengan pakej EPL Travel And Tours harga RM456 ribu duduk hotel dekat masjid dan Kaabah view serta naik jet peribadi parking atas bangunan Royal Clock Tower. Rezeki betul.
Ia sangat sulit. Tersangat sukar. Antara garisan halus yang memisahkan kita dengan riak dan benar-benar ingin berkongsi adalah 'niat'. Mungkin ia salah satu strategi pemasaran. Ia salah satu unsur menarik pengaruh. Satu faktor meluahkan rasa. Namun perlu perbetulkan niat. Sangat halus garisan itu saudara-saudari.
Saya juga ada berbuat perkara yang sama yang tidak disedari lantaran kita manusia. Sama-sama kita berpesan kepada perkara kebaikan agar tidak tersasar. Semoga diampunkan Allah dan diterima amalan. - Ikhlas, Lutfi Lokman
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment