SEPANG – Sembilan warga Australia dibebaskan tanpa sabitan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas kesalahan memakai seluar renang Jalur Gemilang ketika Grand Prix (GP) Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.
Hakim Harith Sham Mohamed Yasin memerintahkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan amaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang dibuat dan lebih sensitif dengan agama serta budaya masyarakat Malaysia.
Baca: Harga Seluar Dalam Bercorak Jalur Gemilang Lebih Mahal Dari Tiket F1
Terdahulu, kesemua tertuduh iaitu Timothy William Faschi Yates, 29, Edward Timothy Leaney, 25, Thomas James Witworth, 28, Jack Robert Walker, 26, Thomas Craig Laslett, 28, Timothy William Fiaschi Yates, 29, Adam Patrick Pasfield, 26, James Daniel Paver, 27, dan Brendan Stobs, 26, sebelum itu tiba di perkarangan mahkamah dengan bepakaian formal pada pukul 9.10 pagi.
Mengikut pertuduhan kesemua mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun itu didakwa memakai seluar dalam Jalur Gemilang pada pukul 5 petang di Litar Antarabangsa Sepang di sini, Ahad lalu. – K! ONLINE
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Sumber: http://ift.tt/2dA8BGm
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Sumber : media letop
Blogger Comment
Facebook Comment