Oleh Feyra Nasrom Sumber mynewshub
Seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Geil terpaksa berdepan seumur hidup dengan masalah badan berbulu seperti lelaki . Sudah 25 tahun dia sentiasa mencukur, mencabut dan menjalankan rawatan laser bagi menghalang bulu untuk tumbuh namun tetap tidak mendatangkan hasil.
Keadaan yang dialami menyebabkan Geil malu untuk keluar dari rumah malah hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Pada mulanya , masalah yang dihadapi cuma diingat sementara sahaja. Namun lama kelamaan dia sedar bahawa jambang yang tumbuh dibahagian muka bukan perkara biasa malah ianya tidak normal bagi seorang wanita.
Walaupun sudah pelbagai rawatan dilakukan, mukanya tetap dipenuhi jambang dan cuma mengambil masa enam minggu sahaja untuk tumbuh balik. Jelas Geil sejak lapan bulan berlalu, Geil putus asa dan mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja jambangnya tumbuh.
“Membiarkan janggut saya tumbuh adalah satu pengalaman yang teruk. Ia adalah sukar dan setiap hari berdepan dengan emosi.
Walaupun sudah redha dengan nasih yang menimpa, Geil tetap malu untuk keluar rumah dengan kerap mahupun berjumpa dengan kawan. Baginya, jambang yang tumbuh itu membataskan segala kelakuannya sebagai wanita normal. Walau bagaimanapun, orang ramai tetap memberi semangat dan sentiasa memujinya cantik.
Blogger Comment
Facebook Comment