Ramai dikalangan anda yang tak tahu cara yang betul untuk menguruskan wang. Bukan senang nak hidup sekarang ni, apatah lagi nak ada duit simpanan.
Tapi percaya tak, dengan gaji bersih RM1,650, seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Mokmok berjaya menyimpan wang serta buat sikit pelaburan dalam i-ASB.
“AssalamualaikumKami harap dengan perkongsian ini, dapat membantu anda memulakan simpanan sendiri. Mulakan saving dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Aku nak cerita tentang pengurusan kewangan aku.
Selain basic salary, adalah overtime dan rewards. Campur-campur semua lepas tolak EPF dan SOCSO, dapatlah dalam lebih kurang RM1800.Aku kerja biasa-biasa sahaja dengan gaji pokok RM1650 selepas kenaikan pada tahun lepas. Ada degree, tapi gaji halus je. Huhuhu maklumlah CGPA tidak tinggi, dulu belajar main-main, padanlah dengan muka. So, adik-adik, belajarlah sungguh-sungguh dan yang paling penting soft skills.
Mula-mula kena ada target untuk buat simpanan setiap bulan
Aku bertuah sebab tidak perlu keluarkan duit untuk menyewa rumah, sebab ada rumah peninggalan abah di Kuala Lumpur. Tinggallah aku bersama-sama dengan mama dan abang. Masing-masing keluarkan duit untuk membayar bil-bil dan membeli barang dapur. Aku masih lagi bujang dan tidak mempunyai sebarang komitmen jadi setiap bulan, aku menyimpan RM1000.
Aku punya target setiap bulan, mesti simpan sekurang-kurangnya RM1000. Ikutlah kemampuan korang.
Aku menaiki motorsikal sahaja untuk pergi ke tempat kerja. bayar parking hanya RM sehari. Makan tengah hari selalunya beli tepi jalan pagi-pagi dalam RM 3. Kalau rajin bawa bekal. Dulu aku rajin, sekarang malas sikit. Minyak moto RM 5 untuk 3-4 hari. Sekarang ini naik public transport lagi mahal dari motorsikal. Aku pernah kira, dari rumah ke tempat kerja aku, tambang pergi dan balik memerlukan RM12. Gila mahal. Naik motor memang kurang selamat, tapi ikthiar je la. Niat baik mahu ke tempat kerja dan berdoa minta dilindungi dari malapetaka.
Cara aku simpan duit:
1. Gaji – saving = belanja
2. Dari belanja tu, tolak semua keperluan bulanan, cth bajet utk minyak RM 40/bulan, duit parking, bil, duit untuk mama, top up, sedekah dan lain-lain.
Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lepas dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400. tengok nasib, ada banyak overtime, banyaklah duit baki.
2. Dari belanja tu, tolak semua keperluan bulanan, cth bajet utk minyak RM 40/bulan, duit parking, bil, duit untuk mama, top up, sedekah dan lain-lain.
Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lepas dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400. tengok nasib, ada banyak overtime, banyaklah duit baki.
Simpanan je tak cukup, laburkan duit & buat loan ASB
3. Menyimpan saja tidak bagus. Sepatutnya laburkan duit. So, dah setahun lebih aku menyimpan dan konfiden aku boleh displin, aku pilih untuk buat loan i-ASB. Aku target nak buat selama 3-5 tahun, pastu cancel, dapat sikit duit, boleh buat modal nak beli rumah. Loan yg aku buat cumalah RM100,000. Aku buat dua sijil. Bahagi jadi RM 50,000. In case ada masalah kewangan in the future, aku bolehcancel satu sijil. bulan-bulan cuma RM550.
4. So, aku masih ada baki RM 450. Aku pun decide nak amik Takaful. Amik yang padan dengan diri sendiri. Rm150 bulan-bulan pun dah cukup. Sediakan payung sebelum hujan.
5. Selebihnya bolehlah simpan buat kecemasan untuk motor rosak ke, sakit demam ke, HP rosak, untuk raya, melancong/umrah dan lain-lain.
Korang buatlah ikut kemampuan,gaji, dan komitmen. Mulakan saving sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit.“
Sumber : hanasuva.com
Blogger Comment
Facebook Comment