Ramai Sanggup Bayar Ribuan Ringgit Untuk Jadi ‘Bangsa Johor’!

Image via Astro Awani
Siapa yang tidak sukakan negeri Johor? Memiliki Sultan yang mesra rakyat dan menjaga kebajikan rakyat, memang beruntung jika menjadi Bangsa Johor.
Tapi apa yang tak sedapnya, apabila ada segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor.

Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu.
Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.
Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portalThe Star.

Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka “01”, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil.tee-siew-kiong
Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk tinggal dan menjalankan perniagaan di Johor. Anda tidak perlu tukar nombor MyKad anda untuk tinggal di negeri ini.
Ketika ditanya mengapa ada yang sanggup bersusah payah menukar nombor MyKad mereka, beliau percaya ia disebabkan oleh terma “Bangsa Johor” yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang lahir di negeri Johor.
Ia juga mungkin kerana pengenalan konsep“Johor Muafakat” oleh pihak kerajaan negeri tersebut yang menarik ramai orang luar untuk menjadi penduduk Johor.
Selain itu, katanya negeri tersebut juga makmur dengan pembangunan stabil dan rakyat dalam kalangan pelbagai bangsa dapat tinggal bersama secara harmoni.



Sumber: hanasuva.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close