Di India, seorang pengantin lelaki memohon cerai kerana isterinya disahkan tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.
Menurut laporan Times of India, pengantin wanita itu, Yogita Abhiyekar-Karale, berusia 20 tahun,yang bertugas sebagai anggota polis di bandar Ahmednagar, bagaimanapun menafikan dia berlaku curang terhadap suaminya, Arjun, 25.
Kata Yogita, dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki.
“Saya mengaku saya masih anak dara lagi. Selaput dara saya mungkin telah pecah ketika jalani latihan lasak dalam pasukan polis. Itulah sebab tiada pendarahan berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin dengan suami saya,” jelas Yogita.
Yogita adalah isteri kedua kepada Arjun. Mereka berkahwin pada 22 Mei lalu.
Walaupun Yogita cuba meyakinkan suaminya, namun tetap ditolak. Akhirnya Arjun membawa kes mereka ini ke mahkamah untuk memohon perceraian.Mengikut adat resam di Ahmednagar, pengantin lelaki berhak ‘mengadakan ujian status dara’ ke atas pengantin wanita iaitu dengan meletakkan sehelai kain putih ketika mengadakan hubungan kelamin di malam pertama.
Kes ini kemudian mendapat perhatian dalam masyarakat setempat.
Selepas menyedari kes berkenaan mendapat liputan meluas, Arjun kini dikatakan mengubah fikirannya dan berjanji akan menarik balik permohonan perceraiannya itu.
Sumber hanasuva.com
Blogger Comment
Facebook Comment