Jangan tunggu, jodoh saya ada, kata Neelofa kepada calon suami



Sentiasa sibuk dengan perniagaan tudung dan acara seni, Neelofa bimbang gagal menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik. — Foto ehsan Instagram/NeelofaLoversSentiasa sibuk dengan perniagaan tudung dan acara seni, Neelofa bimbang gagal menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik. — Foto ehsan Instagram/NeelofaLovers
-
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mengakui mencari pasangan hidup bukan keutamaan buat masa ini, pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa Mohd Noor yakin jodoh akan datang sendiri apabila tiba masanya.
Tidak mengharapkan mana-mana lelaki menunggu sehingga hatinya terbuka menerima cinta, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini yakin jodohnya sudah ditetapkan.  
“Tak payah tunggu. Neelofa sangat percaya kepada jodoh yang ditentukan.
“Saya tahu siapa saya, apa yang saya ada. Kalau ditentukan saya akan jumpa, saya akan jumpa. Saya percaya pada itu,” katanya kepada ProjekMMO.

Neelofa, 26, sebelum ini mengakui keinginannya untuk mendirikan rumah tangga sudah tiada lagi sehingga menyebabkannya sentiasa berdoa agar Tuhan mengembalikan semula rasa itu.
“Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati.
“Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong,” katanya kepada Berita Harian bulan lalu.

Biarpun sedikit berbeza dengan rakan-rakannya yang lebih awal mendirikan rumah tangga, pengacara MeleTOP ini tidak sedikit pun berasa kekurangan.
Bimbang gagal membahagikan masa di antara cinta dan kerjaya masih membelenggu pengasas butik Naelofar Hijab ini.
“Sekarang ini kalau betul saya ada pasangan, saya rasa saya tak ada masa untuk fokus kepada dia. 90 peratus kepada kerjaya. Banyak sangat benda tak terbuat lagi dan tak tercapai.
“Kawan-kawan saya bila umur 25, 26 adalah masa mereka kena kahwin. Bila saya fikir balik, saya tak ada pun langsung rasa nak tergesa-gesa, risau, resah, semua tak ada,” katanya.
Ditanya sama ada lelaki lebih berusia masih menjadi pilihan sebagai calon suami, penulis buku biografi “The Chic Codes” itu berkata, ia menjadi satu keutamaan.  
“Saya lebih suka berkawan dengan orang yang lebih berusia kerana bila sembang atau keluar dengan orang lebih tua, banyak benda baru yang saya belajar berbanding keluar dengan kawan-kawan sebaya,” katanya.



Sumber: http://m.themalaymailonline.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close